SEMASA
4lFatihah, “Tahun pertama aidilfitri tanpa ayah, ibu dan adik” – Haziq

KULIM: “Menjelang sambutan Aidilfitri, saya amat rindu dengan arwah ayah dan ibu serta adik. Pada tahun lalu, saya seronok dan gembira menyambut hari raya bersama mereka, tapi raya tahun ini, saya hanya mampu menziarahi pusara orang tersayang itu.”
Begitu luahan Muhammad Haziq Zikri, 10, yang kematian bapanya, Mohd. Zairul Mat Isa, 34, ibunya, Noratiqah Abd. Hamid, 30, dan adiknya, Nur Qaseh Damia, 4, selepas terlibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di Ipoh, Perak pada 11 Ogos, tahun lalu.
Haziq berkata, pada tahun ini, dia kali pertama menyambut hari raya tanpa ibu bapa dan adik.
“Banyak kenangan manis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama kedua ibu bapa saya yang tidak akan dilupakan.
“Kebiasaannya seminggu sebelum sambutan hari raya, arwah ayah dan ibu akan membawanya bersama arwah adik membeli pakaian dan persiapan lain di bandar Kulim.
“Arwah ibu akan memilih beberapa pasang baju termasuk baju Melayu yang cantik untuk saya dan arwah adik untuk digayakan pada hari raya,” katanya ketika ditemui di Kampung Badlishah, Serdang sini semalam.
Dalam kemalangan itu, seramai tujuh orang daripada dua keluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler.
Kemalangan itu turut mengorbankan nenek Haziq, Fatimah Mat Isa, 70, dan saudaranya, Hasliza Mahmud, 40, dan suaminya Zulkifli Shuib, 49, serta anak mereka, Mohd. Alif Firdaus, 3.
Sementara dua anak Fatimah terselamat iaitu Firash Mikael Azrie Shah, 11, dan Mohd. Shafiq Azrie Shah, 16.
Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Badlishah di sini selepas bercuti di Pulau Pangkor, Perak dan Cameron Highlands.
Pada masa ini, Haziq yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Selama, Bandar Baharu, tinggal bersama ibu saudara, Siti Sarah Mat Isa, 26, di Kampung Badlishah.
Selain itu, menurut Haziq, pada malam raya pula, dia bersama sepupu dan adik akan bermain bunga api selepas berbuka puasa di halaman rumah.
Sumber : Utusan
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.