MOTIVASI
‘Tunggang Motor 40km, Abah Basah Kuyup Semata-mata Nak Hantar Belanja RM10, Anak Balas Jasa Hadiahkan SPM 7A.
‘Tunggang Motor 40km, Abah Basah Kuyup Semata-mata Nak Hantar Belanja RM10, Anak Balas Jasa Hadiahkan SPM 7A.
Demikian luahan Anissa Suhaimi, 18, yang menyentuh hati ramai apabila menjadikan kesusahan hidup sebagai penguat semangat demi kejayaan dengan mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
” Pernah sekali, abah datang dalam keadaan basah lencun hanya kerana nak menghantar duit belanja berjumlah RM10 untuk dua minggu,”
Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Melaka itu berkata, sebelum ini dia dan keluarganya menetap di Sungai Rambai, Jasin dan berpindah di Kampung Kesang Laut di sini sejak tiga tahun lalu.
Apa yang lebih mengharukan, Anissa yang juga merupakan seorang anak pekerja pembersihan telah memberikan keputusan 7A dan 2B buat ibu bapanya yang sebelum ini mengusahakan untuk menunggang motosikal lebih 40 kilometer selama tiga tahun bagi menyekolahkannya.
” Kami sekeluarga hanya mempunyai sebuah motosikal lama untuk berjalan.
Tambahnya, bapa, Suhaimi Md. Jas, 63, bekerja sebagai pekerja pembersihan di Sungai Rambai, manakala ibunya pula suri rumah sepenuh masa.
” Malah pernah sekali, ayah datang dalam keadaan basah lencun semata-mata ingin menghantar wang saku berjumlah RM10 untuk dua minggu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kesang Laut, di sini, hari ini.
” Jadi sepanjang bersekolah, emak dan ayah terpaksa menunggang satu-satunya kami motosikal dari Kesang Laut untuk berjumpa saya yang tinggal di asrama.
Anissa berkata, jika keluarga ingin menemuinya pada waktu pelepasan asrama, bapanya akan memberhantikan ibunya terlebih dahulu di Melaka Sentral
Kemudian bapanya akan mengambilnya di sekolah sebelum berpatah balik ke stesen bas itu untuk berpeluang masa bersama-sama.
” Disebabkan tidak mahu menyusahkan keluarganya, saya cuba sehabis berjimat cermat dan jarang membeli di sekolah, sebaliknya hanya mengulang kaji pengajaran pada waktu rehat.
” Namun, saya tidak pernah berlapar, ada sahaja kawan-kawan yang baik hati memberikan makanan untuk saya atas balasan saya membantu mereka dalam pembelajaran.
” Guru-guru di sekolah juga banyak membantu dan memberi semangat untuk saya buat yang terbaik, bukan sahaja dalam pembelajaran tetapi juga kokurikulum,” katanya.
Ditanya kaedah pembelajaran dipraktikannya sepanjang menghadapi peperiksaan SPM pada Februari dan Mac lalu, dia yang mesra dengan panggilan Anis berkata, antara rahsia kejayaannya adalah dengan tidak kerap ‘memegang’ telefon bimbit sepanjang berada di asrama.
Dengan cara itu, jelasnya, ia dapat menghindarkan daripada fokusnya terganggu selain ia menjadi motivasi buat dia dan rakan-rakan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
” Selain itu, menjelang peperiksaan juga, saya banyak melakukan solat hajat, bacaan Yasin dan juga cuba menenangkan diri setiap kali sebelum masuk dewan peperiksaan,” katanya.
Lebih membanggakan Anis juga merupakan johan Pertandingan E-Hafazan al-Quran Menengah Perempuan Peringkat Negeri Melaka.
Jelas Anis, dia kini bercadang untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang komunikasi dan pengajian media dan sudah membuat permohonan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sementara itu, ibunya, Nor Aini Meslan, 54, mengakui berbangga dengan pencapaian anaknya itu walaupun tahu kesusahan dan cabaran yang sering dihadapi terutama melibatkan capaian internet ketika sesi PdPR.
Suri rumah itu berkata, sebagai ibu, sedikit sebanyak timbul rasa sedih dan kesian terhadap anaknya kerana tidak mampu menyediakan fasiliti pembelajaran yang baik, namun dia bersyukur kerana Anis tidak pernah menggumam mengenai kesusahan mereka.
” Akses internet di rumah ini memang sangat teruk, Anissa terpaksalah duduk di belakang rumah mencari rangkaian dan tidak akan berganjak sepanjang proses pembelajaran.
” Kalau satu jam kelas dalam talian, makasatu jam itulah dia di situ, tidak berganjak.
” Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun Alhamdulillah dia masih dapat buat yang terbaik dan membanggakan kami,” ujarnya.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Diyanatul Atiqah Zakarya, kosmo
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.