SEMASA
Adik Ezad Lazim Meninggal Dunia Selepas Beberapa Minggu Ditidurkan
Adik Ezad Lazim Meninggal Dunia Selepas Beberapa Minggu Ditidurkan
Mohd Rizal yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, sejak minggu lalu ditidurkan oleh doktor kerana jantung bergerak laju serta dikesan ada jangkitan kuman dalam darah pada 18 September lalu.
Penyanyi, Ezad Lazim, 42, reda dengan pemergian adik bongsunya, Mohd Rizal Mohamad Lazim, 35, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah jam 3 petang, hari ini.
Ezad ketika dihubungi berkata, dia reda dengan pemergian itu dan ketentuan Allah buat Allahyarham adiknya.
“Saya tak dapat pun berjumpa arwah walaupun sudah sampai ke Kedah, semalam. Ahli keluarga saya yang lain juga tidak dapat melawat arwah sepanjang dia sakit dan dirawat di hospital,” katanya kepada Harian Metro.
Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Ezad memaklumkan adiknya itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas kurang sihat hampir sebulan akibat demam yang tidak menentu, namun ia bukan disebabkan jangkitan Covid-19.
Allahyarham Mohd Rizal yang masih bujang bekerja sebagai kakitangan kebudayaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.
Mohd Rizal juga tinggal bersendirian selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.
Ezad berkata, pengorbanan Allahyarham pada keluarga sangat besar kerana menjaga ibu bapa di kampung sehingga bapa mereka menghembuskan nafas terakhir pada 2019 dan ibu pula pada Ogos tahun lalu.
Mimbarraudhah: Semoga beliau ditempatkan di golongan orang2 yang beriman. AlFatihah.
Sumber: Hm
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.