Connect with us

MOTIVASI

Adira Suhaimi Pilih Untuk Bekerja, Berdikari. “Tidak Mahu Susahkan Suami”

Published

on

Adira Suhaimi Pilih Untuk Bekerja, Berdikari. “Tidak Mahu Susahkan Suami”

Menurut Adira, dia lebih gembira jika memiliki pendapatan sendiri dab bekerja serta tidak mahu menyusahkan atau mengharapkan suami.

Penyanyi Adira Suhaimi berkata dia lebih selesa berdikari dan mencari pendapatan sendiri biarpun suaminya mampu menanggung kehidupannya.

“Jadi, saya tidak mahu menyusahkan suami, jadi biarlah saya bekerja. Saya anggap lebih senang apabila saya memiliki duit sendiri boleh juga dikongsi pada keluarga, adik beradik dan mereka yang memerlukan.

“Dari kecil saya diajar untuk mencari duit sendiri. Walaupun ada suami, saya kena ada perancangan, sekurang-kurangnya tidak terlalu mengharapkan suami. Kita kena ingat ada masa suami senang dan susah.

Dalam pada itu, melancarkan produk makanan tambahan, Soo Puteh empat bulan lalu, Adira berkata dia membuka perniagaan bagi membantu orang lain yang turut berdepan kesusahan.

“Saya suka membeli apa sahaja yang dimahukan dengan duit sendiri. Saya juga mempunyai perancangan masa depan untuk anak-anak. Saya pun tak tahu umur panjang atau sebaliknya, jadi adalah sikit peninggalan untuk anak-anak,” katanya.

“Niat saya membuka perniagaan bagi membantu orang lain yang ada masalah kewangan. Sekarang saya masih mencari apa yang boleh saya lakukan untuk bantu orang lain dengan platform yang ada,” katanya.

“Saya pernah berdepan dengan kesusahan hidup, saya tahu bagaimana rasa peritnya apabila bergelut dengan bebanan kewangan.

Teruskan untuk berjaya adira!

Sumber: rotikaya

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.