SEMASA
Dalam Kereta Ni Kepala Bayi Dah Nak Keluar, Ahli Bomba Jadi Bidan Terjun Sambut Kelahiran Bayi Perempuan

Dalam Kereta Ni Kepala Bayi Dah Nak Keluar, Ahli Bomba Jadi Bidan Terjun Sambut Kelahiran Bayi Perempuan
Kisah ini boleh menjadi rujukan dan panduan buat semua agar membuat persiapan awal dalam merancang kelahiran bayi, namun sekiranya terjadi diluar perancangan kita itulah takdir Allah swt, apa boleh buat kita terima sahajalah.
Pengalaman seperti ini sudah pasti tidak dapat dilupakan oleh ibu – ibu yang melahirkan anak malah bagi seseorang yang bukan dalam bidangnya menjadi bidan terjun sambut kelahiran bayi.
Dikisahkan dalam perjalanan ke hospital Shah Alam bersama dengan suami, seorang wanita hamil merasa sakit untuk bersalin dengan air ketuban sudah pecah. Mereka kemudian memasuki perkarangan Balai Bomba kira-kira jam 7 malam untuk meminta bantuan.
Nak bersalin ni bukan boleh buat main – main kalau bayi dah nak keluar mana boleh ditahan lagi, sakitnya Ya Allah hanya Ibu – ibu yang pernah lahirkan bayi sahaja tahu lagi – lagi anak pertama. Syabas buat anggota bomba yang cuba menyelamatkan nyawa tak kira di mana dan keadaan pun.
Anggota Bomba yang menyedari keadaan mereka pun segera menghubungi pihak hospital untuk bantuan selanjutnya.
Walaubagaimanapun, ketika menunggu ketibaan ambulans, wanita tersebut telah melahirkan bayi perempuan dengan selamat dan disambut oleh seorang anggota Bomba wanita yang dikenali sebagai Norsyuhadah Ahmad.
Menurut Nor Syuhadah Ahmad, pengalaman menyambut bayi perempuan di tempat duduk hadapan kereta di perkarangan tempatnya bekerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dekat sini adalah perkara yang cukup luar biasa baginya.
“Kepala bayi sudah hendak keluar dah ni!” jeritan seorang ibu yang berada dalam kesakitan hendak melahirkan anak masih terngiang-ngiang dalam fikiran Pegawai Bomba Kanan II Nor Syuhadah Ahmad, 33, sehingga kini.
“Saya berdebar, baca doa banyak-banyak dan kemudiannya bayi itu keluar, menangis. Saya terbalikkan bayi itu dan mengusapnya, memastikan saluran pernafasan tidak terhalang, dan kemudiannya ambulans tiba,”
“Berbekalkan sarung tangan perubatan, saya bertawakal kepada Allah dengan niat hendak menolong wanita itu yang berada dalam kesakitan kerana bayi sudah hendak keluar ketika itu.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Muhammad Hazrin Zulkifli, wanita itu dan bayinya kemudian diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan ( KKM ) untuk tindakan lanjut.
Difahamkan bayi tersebut merupakan anak kelima wanita yang dikenali sebagai Nyak Siti Nurleena Zulkarnain, 29 itu bersama suaminya.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: rahsiarumahtangga
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.