SEMASA
Akibat Dari Sering Dibandingkan, Cucu Berdendam Bakar Rumah Atuk Dan Nenek
Akibat Dari Sering Dibandingkan, Cucu Berdendam Bakar Rumah Atuk Dan Nenek
Mak ayah yang suka membandingkan anak-anak, mahupun atuk nenek yang gemar membeza-bezakan cucu, sebaiknnya elak bersikap sedemikian.
Sikap suka membanding-bandingkan dengan orang lain memang boleh beri kesan buruk dari segi emosi dan psikologi.
Sering Dibandingkan
Gara-gara sering dibandingkan dengan sepupunya, seorang remaja lelaki bertindak membakar rumah dihuni datuk dan neneknya di Salem, Tamil Nadu, India, menyebabkan pasangan itu maut.
Times Now News melaporkan, insiden itu berlaku pada Isnin lalu dan suspek berumur 16 tahun. Mangsa dikenal pasti sebagai Kaatu Raja, 70, manakala, isterinya, Kaasiyammal, 60.
Kebakaran Rumah
Pada pagi hari kejadian, jiran mangsa mendengar jeritan dan terus bergegas ke lokasi untuk melihat apa yang berlaku. Dia terkejut apabila melihat kebakaran di rumah mangsa.
Menurut The Indian Express, rumah mangsa berkunci dan jirannya cuba memecahkan pintu untuk menyelamatkan mereka tetapi gagal. Dia kemudian menghubungi bomba.
Mangsa bagaimanapun tidak dapat diselamatkan kerana mengalami luka bakar yang teruk.Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.
Cucu mereka ditahan polis untuk membantu siasatan.
Simpan Dendam
Deputi Superintendan (DSP) Immanuel Gnanasekar berkata, suspek tinggal bersama ibu bapanya dan datang ke rumah datuk serta neneknya untuk melakukan perbuatan itu.
“Dia menyimpan dendam kepada keluarganya termasuk bapa saudara, datuk dan neneknya. Suspek memberitahu datuk dan neneknya sering membandingkannya dengan sepupunya serta meminta dia jadi seperti mereka. Kata-kata itu membuatkan suspek berasa tidak senang,” katanya.
Difahamkan, suspek mengaku melakukan cubaan membunuh datuk dan neneknya dengan membakar rumah mereka.Dia didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mimbarraudhah: Kita tidak boleh terlalu mengikut emosi dalam diri kerana itu syaitan suka untuk menyesatkan kita. ingat lah bahwa keluarga adalah yang pernah berjasa sangat dengan kita. Namun, pengajaran buat mak ayah mahupun datuk dan nenek, usah banding-bandingkan anak mahupun cucu dengan orang lain. Kerana ia beri kesan yang buruk dan mendalam dari segi emosi.
Sumber: Hmetro, Times Now News / Mingguanwanita
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

