SEMASA
Baru Sahaja Mula Mendalami Tentang Ilmu Agama, Amar Asyraf Terbuka Hati Untuk Menyertai Jemaah Dakwah
Ramai orang mahu berubah ke arah kebaikan untuk mengelakkan diri terus dibelenggu ‘d0sa’ dan diselubungi aura negatif dalam kehidupan masing-masing. Begitulah apa yang dilakukan oleh pelakon, Amar Asyraf Zailuddin atau lebih dikenali sebagai Amar Asyraf yang kini mula mengubah hidupnya secara positif dan memberi tumpuan terhadap aspek kerohanian.

Memetik laporan Harian Metro, Amar mengakui bahawa dia bersyukur kerana Allah masih menyayanginya sehingga memilih dirinya untuk mendalami ilmu agama.

“Sebenarnya saya yang tidak sedar saya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Saya gagal menyempurnakan agama saya dengan baik,” jelasnya.
Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, segelintir rakan artis memang sudah lama mengajak dirinya untuk menyertai jemaah dakwah, tetapi dia sahaja yang kurang berminat. Namun setelah dua tahun berlalu, baru-baru ini Allah ‘memanggilnya’ dan terbuka hati untuk menyertai jemaah berkenaan.
“Saya membiarkan diri dig0da sy4itan. Alhamdulillah, saya akhirnya tekadkan hati dan berjaya ke program yang berlangsung di sebuah lokasi baru-baru ini. “Perasaan saya sukar digambarkan. Pertama, saya sedar banyak perkara yang saya tidak tahu sebagai seorang manusia,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu menegaskan perubahan dirinya itu bukan kerana kontroversi yang pernah dilaluinya sebelum ini. Terdahulu, dia terpalit dengan k0ntroversi apabila perkahwinannya dengan isteri kedua Vivi Jefry terbongkar menerusi pendedahan seorang wanita yang mendakwa hampir berkahwin dengan pelakon tersebut.
Pemilik nama Amar Asyraf Zailuddin itu kemudiannya menceraikan Vivi dengan talak tiga pada 4 November 2019. Hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama Arna Salleh pada 2013, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.
Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman) via majalah-harian.com
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

