Connect with us

SEMASA

Anding pegang prinsip ‘perlahan-lahan kayuh’, hampir putvs jari hari pertama penggambaran Headhunter

Published

on

Anding pegang prinsip ‘perlahan-lahan kayuh’, hampir putvs jari hari pertama penggambaran Headhunter

Biarpun sudah melakukan pelbagai pekerjaan lain, namun Anding atau nama sebenarnya Anding Indrawani Zaini, 38, tidak pernah meninggalkan dunia seni sama ada pengacaraan, lakonan atau nyanyian.

Perlahan-Perlahan kayuh… itu prinsip penyanyi dan pelakon Anding selama 17 tahun bertahan dalam dunia seni ini.

Anding masih bertahan walaupun sudah 17 tahun dalam industri seni.

“Saya dah cuba pelbagai kerjaya dan tetap akan kembali ke dalam industri seni tak kiralah dalam bidang pengacaraan, lakonan atau nyanyian,” katanya kepada mStar.

“Saya jadikan perlahan-perlahan kayuh sebagai prinsip.

Anding berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada malam Jumaat.

Filem Headhunter amat mencabar bagi saya sendiri kerana hampir putus jari pada hari pertama penggambaran.

ANDING INDRAWANI

PELAKON

Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk membawa pulang sebuah trofi FFM, Anding bersyukur pengorbanan dan kerja keras menjayakan watak dalam filem itu berbaloi.

Anding yang merupakan bekas peserta rancangan Akademi Fantasia musim kedua (AF2) berjaya meraih trofi Pelakon Lelaki Harapan bagi filem Headhunter.

“Peluang yang diberikan kepada saya ini sesuatu yang saya tak pernah terfikir langsung. Segala pengorbanan yang telah dilakukan semasa penggambaran filem Headhunter sangat berbaloi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh kru produksi serta barisan pelakon yang telah menjayakan filem ini,” katanya.

Berkongsi pengalaman ketika penggambaran Headhunter, Anding berkata jarinya cedera dan terpaksa dijahit pada hari pertama penggambaran.

Anding memegang watak sebagai Anang dalam filem Headhunter arahan Badd Badrul.

“Filem Headhunter amat mencabar bagi saya sendiri kerana hampir putus jari pada hari pertama penggambaran. Jari saya terpaksa dijahit akibat daripada kecederaan itu.

Filem arahan Badd Badrul itu turut dibintangi oleh beberapa pelakon seperti Chacha Maembong, Ebi Kornelis dan Ahya Rosli.

“Keesokan harinya ada scene menyelam dalam air dan doktor kata tak perlu buat kerana ia agak berisiko. Tetapi saya buat juga because acting is my passion.

“Selain itu, saya perlu bercakap bahasa Iban di dalam filem ini which is not my first language. Walaupun bangsa Dayak,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : mStar / malaysiatv.co

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.