Connect with us

MOTIVASI

Anjing Menderita Ketumbuhan Sebesar Bola Bowling Dibiarkan Hidup Melarat Selama Dua Tahun Kemudian Ingin ‘PTS’,Tak Sangka Ini Pengakhiran Hidupnya.

Published

on

Anjing Menderita Ketumbuhan Sebesar Bola Bowling Dibiarkan Hidup Melarat Selama Dua Tahun Kemudian Ingin ‘PTS’,Tak Sangka Ini Pengakhiran Hidupnya.

Itulah yang berlaku pada seekor anjing yang mengalami ketumbuhan yang sangat besar dibadannya . Anjing ini bernasib baik apabila keputusan untuk memberikan suntikan m4ut tidak dilakukan kepada nya dan proses membuang ketumbuhan itu berjaya sepenuhnya dijalankan oleh Doktor Veterinar Ladang Vet .

Sakit ketumbuhan ini ibarat sakit yang akan datang kembali jika tidak dicegah dari segi cara pemakanan. Namun , ia tidak tertakhluk kepada manusia sahaja , ada juga haiwan yang mengalami ketumbuhan sama dan ada juga yang lebih dasyat dari yang disangka. Jika manusia mempunyai ketumbuhan selalunya akan menjalani pembedahan , namun tidak berlaku pada haiwan peliharaan . Hal ini kerana kemungkinan risiko untuk hidup adalah sangat tipis .

Anjing Menderita Ketumbuhan

Ini bermakna , selama dua tahun Hattie tidak diberikan rawatan yang sewajarnya .Boleh bayangkan betapa terseksanya Hattie membawa berat ketumbuhan ditambah pula kesakitan yang terpaksa ditanggung Hattie selama itu .

Ceritanya bermula apabila anjing bernama Hattie yang malang diserahkan ke tempat pelindungan di Texas untuk disuntik m4ti atau eunthanasia .Pemiliknya tidak melakukan apa-apa selama dua tahun Hattie menghidap ketumbuhan yang makin lama semakin membesar .

Namun segalanya berubah , nasib malang bertukar menjadi baik apabila kes Hattie mendapat perhatian dari Ladang Vet.

Hattie kemudian segera dibawa mendapatkan rawatan dan nasihat bersama Dr.Karri dari Vet Ranch. Dr Karri mengakui bahawa sepanjang beliau memberikan rawatan kepada haiwan peliharaan terutamanya anjing , belum pernah dia melihat tumor sebesar yang Hattie hadapi. Dr Karri mengatakan ketumbuhan itu lebih besar daripada bola boling.Bayangkan lah betapa besar dan beratnya bola boling itu , apatah dikendong Haatie selama hampir dua tahun lamanya

Pihak Pemulihan Penyelamat Anjing Dallas menyifatkan Hattie bukanlah bernasib malang tetapi memiliki pemilik yang paling teruk pernah dia miliki .

Dr.Karri sangat terkejut namun beliau teruja untuk melakukan pembedahan Hattie. Selepas pembedahan yang berjaya, Hattie kelihatan seperti anjing yang lain , sihat dan ceria.

Dr. Karri berkata bahawa Hattie mengalami kesukaran berjalan dan menjadi tidak seimbang kerana ketumbuhan yang membebani dirinya.Dia juga menunjukkan bagaimana anjing lain akan berbaring di atas Hattie, dan Hattie akan kelihatan seperti kerusi Beanbag! Boleh awak bayangkan?

Namun proses pemulihan Hattie tidak sebaik yang difikirkan, Hattie mengalami beberapa komplikasi tetapi akhirnya, dia berjaya melalui semua itu dan pergi ke tempat perlindungan.

Berat ‘tumor’ itu hampir 7 kilogram, korang bayangkan lah untuk bawa selama hampir dua tahun lamanya.

Kini , Hattie sedang menanti keluarga baru yang sudi memberikan kasih sayang , tempat berlindung dan perhatian sebaiknya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: dogheirs

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.