SEMASA
‘Ya Allah Cantik Amat, Puas Hati Besar Camni’ – Banglo Syahmi Sazli Dah Nk Siap Dan Pertama Kali Diperlihatkan
‘Ya Allah Cantik Amat, Puas Hati Besar Camni’ – Banglo Syahmi Sazli Dah Nk Siap Dan Pertama Kali Diperlihatkan
Asif mencuit hati dengan gelagat bersahaja menerusi Drama Spontan di YouTube dan kemudian disusuli filem bajet rendah, Mael Totey The Movie yang meraih kutipan lebih RM5 juta.
Minggu lalu, remaja berusia 19 tahun, Asif Suhaimi mencipta kejutan menewaskan calon ‘senior’ apabila diumumkan pemenang kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.
Syahmi Sazli merupakan seorang YouTuber yang sangat dikagumi dan dikenali ramai sebaris dengan youtuber lain seperti Alieff Irfan, Mr Kokom, Zukie dan ramai lagi.
Namun, disebalik watak Asif yang berjaya menghiburkan orang ramai, pasti ramai tidak lupa dengan individu yang bertanggungjawab ke atas kejayaan Asif iaitu Syahmi Sazli.
Mula berkecimpung dalam bidang pembikinan video pendek pada tahun 2016, Syahmi telah menjadikan platform penghasilan ‘content’ video itu sebagai punca pendapatan utama.
Bagaimanapun sikap yang tidak menunjuk-nunjuk mahupun dan merendah diri Syahmi Sazli telah mencuri perhatian ramai meskipun meraih pendapatan sangat lumayan serta memiliki beberapa buah kereta mewah.
Sangat jarang untuk melihat Syahmi berkongsi atau mempamerkan gaya hidup mewah sebagaimana yang sering ditunjukkan oleh personaliti media sosial lain.
Terbaru, peminat meluahkan rasa gembira dan teruja apabila rumah banglo Syahmi yang kelihatan mewah dengan design simple tapi cantik bakal siap tak lama lagi.
Meskipun Syahmi tidak terlalu berkongsi vdeo rumah banglo barunya itu, namun rakaman vdeo mempamerkan rumah banglo beliau yang hampir siap itu telah ‘kantoi’.
Menerusi rakaman kelihatan rekaan menarik rumah ini yang mana membuatkan Syahmi Sazli semakin menerima pujian warganet dengan sikap humble dirinya di aplikasi TikTok.
Perkongsian pengguna TikTok atas nama Khazilaresources yang difahamkan berkongsi sedikit rakaman rumah YouTuber tersohor itu dengan menulis kapsyen, “Alhamdulillah last checking rumah YouTuber tersohor Kelantan pagi ni,” telah meraih ribuan ‘likes’.
” Ya Allah cantik amat rumahnya.. tahniah atas rezeki.. yg penting tak lupa diri, tetap di kampung kelahiran” tulis Izhar Pausi.
” Wah dah nak siap rumah Syahmi Sazli, besar betul rumah…”, tulis Hanif Zulkifli.
” Tahniah set kito, Rezeki mereka..memang lawa…puas ati sangat besar macam ni..selesa.. hasil kerja keras Syahmi dan banyak bantu naikkan nama Asif..” tulis Ekudz Bin Sheikh.
Fakta menarik Syahmi Sazli
1) Nama penuhnya, Muhammad Syahmi bin Sazli. Dikenali sebagai Syahmi Sazli.
2) Lahir pada 23 Mac 1995, Syahmi kini baru berusia 26 tahun.
3) Berasal dari Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan.
4) Mendapat pendidikan di Sultan Ismail College (Maktab Sultan Ismail), Kota Bharu. Sekolah ini merupakan antara sekolah paling elit di negeri Kelantan.
5) Berkelulusan diploma dalam jurusan Electrical Engineering daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun, Terengganu, sebelum menyambung pengajian ijazah di UiTM Shah Alam, Selangor.
6) Mendirikan rumah tangga dengan Anissa Faizul dan sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ainul Mardhiah pada 8 Januari 2019.
7) Bergiat sebagai Youtuber kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet.
Permulaan Seorang Youtuber
Sejak itu, beliau sentiasa mencari jalan dan menimba ilmu dalam meningkatkan kualiti video yang dihasilkan.
Syahmi Sazli, beliau mula berkecimpung dalam bidang pembikinan video pendek pada tahun 2016.
Selepas semakin berjaya dan memperolehi pendapatan yang stabil, Syahmi telah berkahwin dengan gadis cantik bernama Anissa Faizul yang juga berasal dari Kelantan.
Syahmi juga terpaksa meyakinkan ibubapanya bahawa inilah bidang yang digemarinya walaupun ketika itu masih menuntut dalam bidang kejuruteraan di sebuah pusat pengajian tinggi.
Hasil perkahwinan di usia muda, pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan pada awal tahun ini.
Video pendek hasil karya Syahmi Sazli selalu saja trending di Youtube Malaysia. Video ringkas antara 5 – 10 minit yang dihasilkannya sangat santai namun penuh dengan mesej tersurat dan tersirat.
Walaupun hampir semua video terbitannya adalah dalam loghat kelantan, namun ia menyertakan sekali subtitle bagi setiap video tersebut.
Ini memudahkan penonton yang kurang faham akan loghat ‘kelate’ untuk sama-sama menikmati mesej yang ingin disampaikan.
Kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet akhirnya membawa selebriti YouTube, Syahmi Sazli meraih pendapatan lumayan menerusi laman streaming video popular itu.
Penampilannya bersama remaja istimewa, Asif dan Yoe Parey menerusi drama pendek di saluran berkenaan berjaya mencetuskan fenomena dalam tempoh masa yang singkat.
Apa video sekalipun yang dikongsi Syahmi kepada para pengikutnya pasti akan menjadi trending dan mencatatkan jutaan tontonan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: iluminasi, azhan.co dan trendingsangat / thebolalive
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.