Connect with us

SEMASA

Bapa Mertua Kepada Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani Telah Meninggal Dunia

Published

on

Bapa Mertua Kepada Ustaz Dusuki Telah Meninggal Dunia

Terdahulu, arwah dikejarkan ke Hospital Machang pada pagi tadi akibat keuzuran pada usia mencecah 90 tahun.

Bapa mertua penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 1.12 petang tadi.

Perkara tersebut dikongsikan Ahmad Dusuki pada laman Facebooknya.

“Saat itu tiba jua, Allah lebih menyayangi Ayahanda Ustaz Md Azhari, perjalanan sebentar sahaja, pagi tadi berkejaran ke Hospital Machang, jam 1.12 petang sekejap tadi menghembuskan nafas nafas terakhir di alam ini dengan kalimah syahadah di bibirnya.

“Moga amalan arwah ayah yang sentiasa mendampingi Al Quran ini, hampir setiap bulan pasti di khatamkan 3 kali sebulan Al Quran menjadi penemannya di alam barzakh sana,” kongsinya.

Tambah Ahmad Dusuki, jenazah mertuanya, Ustaz Md Azhari Abd Rahman,akan dikebumikan selepas solat Isyak, malam ini dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Al Azhari, Maahad Tahfiz Al Azhari Kampung Pangkal Chuit, dekat sini.

Mimbarraudhah: Semoga ayah mertua beliau di tempatkan dikalangan orang yang soleh. Sama-sama kita doakan AlFatihah.

Sumber: Facebook

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.