SEMASA
“Tak Sempat Belai Pelukmu, Maafkan Ibu Sayang..” – Hanya Beberapa Minggu Lagi, Bayi ‘Pergi’ Dalam Kandungan
“Tak Sempat Belai Pelukmu, Maafkan Ibu Sayang..” – Hanya Beberapa Minggu Lagi, Bayi ‘Pergi’ Dalam Kandungan
Tidak kiralah detik tersebut untuk anak keberapa. Ini kerana proses kelahiran setiap anak kecil dari rahim ibunya pasti menjadi momen indah buat setiap pasangan.
Menunggu detik kelahiran si kecil merupakan detik yang pastinya ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan.
Namun begitu, setiap pasangan mempunyai dugaan mereka tersendiri. Ada yang lambat dikurniakan zuriat, ada pula yang kehilangan zuriat saat menanti detik kelahiran.
Diuji dengan pemergian anak syurganya
Wanita ini diuji dengan pemergian baby tercinta yang pergi ketika kandungan hanya tinggal beberapa minggu lagi.
Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook yang bernama Emi Salina ini.
Kebiasaan usia kandungan 35+ agak sukar untuk saya tidur
“Saya cuba mencari posisi yang selesa dengan meletakkan bantal di bawah perut. Nyenyak sungguh saya tidur time tu.”
“Sudah menjadi kebiasaan dengan usia kandungan 35 ++ minggu agak sukar untuk saya tidur.”
Rasa perut mengeras di bahagian pinggang
“Assalamualaikum, hari ni diberi sedikit kekuatan untuk berkongsi cerita dengan sahabat sekalian.”
“Pada 2 Ramadhan pukul 12.30 tengah malam, rasa sakit mengeras di bahagian perut dan pinggang.”
Tak terfikir baby tak bergerak, maafkan ibu sayang
“Bangun sahaja terus kalut siapkan juadah bersahur, tak terfikir time tu yang baby tak bergerak. Maaf kan ibu sayang.”
“Sudah selesai bersahur dan solat subuh, kalut pula siapkan anak-anak ke sekolah.”
Tapi pada malam 2 Ramadhan, saya tidur nyenyak
“Mana taknya, dengan tendangannya, sikunya memusing-musing, sungguh aktif baby time tu.”
“Tapi pada malam 2 Ramadhan tu tiada sebarang gerakkan dan saya tidur nyenyak sampai pukul 5 pagi.”
Hati memang rasa lain macam
“Hati memang rasa lain macam, tapi mengenangkan memang saya ada appointment dengan doc dan misi pukul 8 pagi.”
“Lepas hantar anak ke sekolah, saya terus ke hospital klinik ibu anak. Awal tu jumpa misi dulu.”
Hati berdebar-debar, tiada pergerakan jantung baby
“Time dok cari bunyi jantung tu, memang tak dengar sebarang bunyi dan panggil la sorang misi buat benda yang sama. Tak dengar juga dan last misi suruh doctor scan.”
“Waktu scan tu hati ni berdebar-debar, sah!!! Memang tak ada sebarang pergerakan kat jantung baby.”
Tak tahu saya nak rasa apa, sedih, kecewa marah pada diri sendiri
“Saya dah tak hiraukan sesiapa dah time tu. Tak tahu nak rasa apa, sedih, kecewa, marah kat diri sendiri.”
“Macam-macam saya rasa, berat tangan nak bagitau suami tapi saya gagahkan juga.”
Tak boleh cakap, saya menangis je
“Waktu call suami, dengar ja suara dia saya dah macam orang gila time tu.”
” Tak boleh cakap, menangis ja dan saya gagah juga bgtau suami yang anak kita dah tak ada. Dah meninggal.”
Suami cuba tenangkan saya
“Suami cuba tenangkan saya. Hari tu juga saya naik ambulans terus ke hospital.”
“Sampai hospital kat PAC pukul 10 lebih. Doc pakar puan confrimkan sekali lagi dan sah memang baby dah tak ada.”
Waktu scan baby nampak dah membuncit
“Saya kena segerakan sebab waktu scan tu perut baby nampak dah membuncit.”
“Pukul 2 lebih macam tu saya kena cezer. Waktu cezer tu doc terkejut saya operet dah 4 kali dan yang last ni jadi 5 kali rahim saya cantik lagi.”
Bayi keluar berat 3.05 kg
“Mudah nak belah dan jahit semula. Jadi saya bgtau doc tak payahlah ikat kalau dah cantik.”
“Tapi doc suruh ikat juga takut risiko kalau mengandung lagi. Baby keluar berat 3.09 kg, besar juga.”
Anak lelaki, Alhamdullillah cukup sifat
“Anak lelaki, alhamdulillah cukup sifat. Misi bawa kat saya baby tunjuk jantina. Pastu misi bgtau nak mandikan baby.”
“Habis sahaja operet, saya masih menunggu misi bawa baby mai kat saya sebab nak belai dia dan nak peluk dia.”
Ibu terlambat sedar kamu tak bergerak dalam perut
“Ibu terlambat sedar yang kamu dah tak bergerak dalam perut, maafkan ibu.”
“Ya Allah tenangkanlah jiwaku, supaya aku redha menempuh ujian seberat ini.”
Saya terkilan, tunggu-tunggu rupanya baby dah dikebumikan
“Sekali lagi saya terkilan, dok tunggu-tunggu tapi tak kunjung tiba. Rupanya baby dah selamat dikebumikan.”
“Ya Allah, berat sungguh ujian Mu ya Allah. Jari ibu ini belum sempat lagi membelai MU. Menatap wajah mu dan memeluk mu. Maafkan ibu sayang.”
Perut mengeras itu sangat bahaya
“Pada yang masih mengandung jagalah sebaik mungkin. Sila alert dgn kandungan. Perut mengeras tu sangat bahaya. Doakan saya ya kawan-kawan.”
“Al Fatihah untuk baby MUHAMMAD AL RAMADHAN. Berlari-larilahlah kamu disana.”
Kamu tetap dalam ingatan ibu
“Tariklah tangan ibu, abah, kakak, abang ya masuk syurga sama-sama dengan kamu. Kamu tetap dalam ingatan ibu.”
Semoga kisah dan pengalaman beliau ini menjadi contoh dan pengajaran buat semua ibu diluar sana.
Salam Takziah buat puan Emy Salina sekeluarga, semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan menempuhi dugaan ini.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: fb Media KL
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.