SEMASA
Berani s0und isv k0mpaun peniaga RM50k, p0lis si4sat pembaca berita tvlar

Baru-baru ini, seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen terkenal menjadi tular apabila memberi ayat bernada sindiran sewaktu sedang bersiaran menyampaikan berita berkenaan.
Berikutan itu, beliau dipuji oleh netizen kerana berani ‘bersuara’ mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.
Awani punya berita. SEOLAH OTAK DI LUTUT DIKENAKAN KOMPOUN 50K! HAHAHAHA pic.twitter.com/CqfAGF9iUO
— 하루 (@Zulhelmikhari) April 27, 2021
Bagaimanapun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sudah membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita itu di mana beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu secara sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tindaka pembaca berita berkenaan boleh menimbulkan fitnah serta kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa, terutamanya PDRM.
“Ini kerana tindakan yang dilakukan PDRM itu berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi tujuan mengekang pandemik COVID-19,” katanya kepada BH di Bukit Aman, hari ini.
Selain itu, Acryl turut menegaskan agar masyarakat menghayati prinsip Rukun negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang telah dipelajari sejak di bangku sekolah.
“Kita berharap supaya masyarakat di luar sana untuk tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang tidak berasas di media sosial sehingga boleh menghakis keharmonian di antara masyarakat dan agensi penguat kuasa.
“Saranan saya, sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan apa juga tindakan yang diambil oleh agensi penguat kuasa, sila majukan sebarang permasalahan yang dihadapi menggunakan saluran yang betul,” katanya.
Menurutnya lagi, pihak polis dan masyarakat saling memerlukan antara satu sama lain dan budaya tuduhan tidak berasas berkaitan ketidakpuashatian terhadap pihak penguat kuasa semakin membimbangkan seolah satu ‘trending’.
“Saya perhatikan perkara ini seolah-olah menjadi satu ‘trending’ dan sekiranya tidak diatasi, kita bimbang ia akan menghakis kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.” ujarnya lagi.
Selain itu, Acryl turut menasihati agar masyarakat menggunakan saluran yang betul untuk mengeluarkan pendapat dan tidak menyebarkan sesuatu berita tanpa mengetahui kesahihannya.
Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.