Connect with us

MOTIVASI

Ditakdirkan Lahir Tanpa Tangan Dan Kaki Sempurna. Pernah Down Tetapi Ia Bukan Penghalang Untuk Dia Berjaya Jadi Tauke Permaidani

Published

on

Ditakdirkan Lahir Tanpa Tangan Dan Kaki Sempurna. Pernah Down Tetapi Ia Bukan Penghalang Untuk Dia Berjaya Jadi Tauke Permaidani

Demikian luahan Mohd Sukur Ibrahim, 35, yang sebelum ini sangat terkesan apabila ditakdirkan dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan iaitu tanpa kaki dan tangan sempurna.

“Saya rasa macam tiada masa depan, nak jumpa orang pun saya malu sangat. Bila ada saudara-mara datang berkunjung ke rumah, saya akan cepat-cepat menyorok dalam bilik dan menangiis.“

Saya rasa betul-betul down bila tengok mereka boleh berjalan seperti biasa dengan tangan dan kaki normal. Sampaikan saya kata kepada emak, apa salah saya dilahirkan sebegini?

Pun demikian katanya, perasaan itu menguasai dirinya ketika dirinya masih kecil sahaja. “Ketika usia lima tahun, saya sudah menyedari ‘perbezaan‘ ketara saya dengan adik dan abang.

Bagaimanapun, kata pemuda berhati waja itu, daripada bersikap pesimis, beliau menjadi optimis sebaik menjejakkan kaki ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berhampiran rumahnya di Sungai Udang, Melaka pada usia enam tahun.

“Saya sampai tak mahu jumpa orang. Boleh dikatakan saya banyak merungut dan tanya pada mak kenapa diri macam ini? Namun, mak dan ayah tetap tidak berputus asa, terus berikan saya kata-kata semangat,“ kongsinya kepada SinarPlus ketika dihubungi tempoh hari.

Jika dibandingkan dengan mereka, saya bersyukur sangat kerana masih mampu berjalan walaupun tidak sempurna dan boleh berfikiran normal. Bahkan PDK itu banyak memberi saya pendedahan ilmu dan keyakinan diri.

“Jika sebelum ini saya fikirkan diri inilah yang paling malang, rupa-rupanya di PDK tersebut ada lagi yang paling t3ruk. Dari situlah saya tersedar bahawa ALLAH masih sayangkan saya.

“Ayah dan mak pula banyak paksa saya tonjolkan diri ke depan dan sertai pertandingan yang dianjurkan seperti menyanyi, bersajak dan berlakon walaupun saya malu sebenarnya. Itulah pengorbanan mak dan ayah yang saya tak mampu nak balas lagi,“ tuturnya sebak.

Enggan menoleh ke belakang lagi, anak keempat daripada enam beradik terus mengatur langkah untuk membuktikan kemampuan diri. Buktinya, beliau sendiri gembira dan berbangga berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat.

Dugaan, kejayaan

Kalau mahu cerita tentang semua itu, memang panjang. Namun yang ingin saya tekankan di sini adalah saya tak pernah berputus asa dan terus bangkit demi survival hidup.

Kata Mohd Sukur, seperti manusia lain, beliau juga pernah gagal dalam hidup. Masakan tidak, beliau tiga kali ‘tersungkur‘ ketika mahu memulakan langkah dalam perniagaan membekal dan memasang karpet.

Pekerja masih boleh dibayar gaji dan walaupun tempahan dan pemasangan permaidani untuk kegunaan pejabat, masjid, surau, sekolah mahupun rumah tidak rancak seperti dulu, namun masih bersyukur syarikat masih mampu bertahan,“ katanya yang juga Pengurus D_Strike Solution.

“Saya akui pengalaman dahulu banyak mengajar saya tentang onak dan duri perniagaan dan sebab itu, saya amat mementingkan simpanan. Jika apa-apa berlaku seperti tsunami pandemik Covid-19, alhamdulillah kami okey.

“Saya mengenali isteri ketika program universiti dan ketika itu, dia menuntut di Universiti Putra Malaysia. Kami selalu berhubung sehinggalah dia berkerja sebagai pembantu peribadi.

Apabila ditanya mengenai kisah cinta bersama isteri, Wan Nurul Syazwani Wan Mohd Yen, lelaki itu tertawa kecil. Sebelum itu, ujar Mohd Sukur, beliau berterima kasih kepada ALLAH YANG MAHA ESA apabila memberi ruang dan peluang kepadanya menikmati alam rumah tangga.

Tidak mahu golongan kurang upaya lain masih meratapi nasib, beliau menitipkan kata-kata semangat seperti berikut:

“Sejak itu, kami menjadi rapat dan saya pun melamarnya sebagai isteri. Alhamdulillah dia menerima saya seadanya dan kini kami memiliki seorang anak lelaki,“ katanya.

“Jangan anggap diri tidak berguna kerana fizikal tidak sempurna dan jangan terlalu melayankan perasaan negatif dalam diri. Kena move on, ingat ALLAH sentiasa bersama kita.

Kena cepat bertindak dan berusaha buat sesuatu setara dengan kemampuan diri. Saya pernah rasa susah dan sentiasa berusaha yang terbaik untuk diri dan keluarga.“

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: sinarplus / imuslimnetwork

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.