MOTIVASI
Digelar Pak Haji, Bos SAMSUNG Masuk Islam
Digelar Pak Haji, Bos SAMSUNG Masuk Islam
Sejarah kemahsyuran Samsung di Indonesia kini adalah berasal dari hasil kerja keras beliau. Asal perjalanan ceritanya bermula daripada hobinya yang suka menulis, yang kemudiannya berutus surat dengan sahabat pena dari Indonesia. Setelah sekian lama berutus surat beliau pun mengunjungi temannya tersebut yang berada di Aceh.
Perjalanan hidup seseorang tidak ada yang tahu. Malahan kita boleh menemukan sesuatu yang kita cari di tempat yang kita tidak pernah terfikir pun sebelumnya. Begitu juga dengan seorang warga Korea, Lee Kang Hyun yang pernah menjadi Timbalan Presiden Samsung di Indonesia.
Kecintaan Lee Kang Hyun pada Indonesia berawal dari cerita-cerita yang disampaikan oleh sahabat penanya yang berasal dari Aceh. Akhirnya pada tahun 1988, Lee pun mengunjungi sahabat penanya tersebut selama sebulan setelah baru menyelesaikan khidm4t ketenteraan di Korea pada tahun 1986 hingga 1988.
Disebabkan pengetahuannya tentang Indonesia cukup mendalam, Lee ditugaskan untuk memulakan pembukaan perniagaan Samsung di Indonesia pada tahun 1993 yang pembuatan kilangnya telah dimulai beberapa tahun sebelumnya.
Setelah menyelesaikan pengajiannya di Fakulti Ekon0mi Univers1ti Hankuk, Korea Selatan Lee memilih untuk bergabung bersama dengan salah satu syarikat elektr0nik terbesar di dunia, Samsung pada tahun 1991.
Jatuh Cinta Pada Islam Kerana Nilai Murni
Kecintaannya pada Islam pula tumbuh ketika melihat bapa sahabatnya tersebut mengajar agama Islam secara percuma kepada lebih kurang 20 orang kanak-kanak di kawasan sekitar dan membiayai mereka. Bapa sahabat beliau itu kemudiannya dijadikan sebagai bapa angkatnya. Sementara itu, ibu sahabat beliau pula mendirikan rumah anak y4tim.
Keramahan masy4rakat Indonesia meningg4lkan kesan yang mendalam bagi lelaki yang lahir pada 16 Julai 1966 ini. Bahkan, rasa cintanya kepada Indonesia tumbuh subur dalam dirinya. Tidak hanya itu, beliau juga akhirnya memeluk agama Islam dan menjadi mualaf sejak tahun 1994 yang sebelumnya dia pelajari dari sahabat penanya tersebut.
“Jadi saya benar-benar lihat sendiri bagaimana umat muslim berperilaku, kemudian saya diajarkan solat,” kisahnya.
Bapa sahabatnya itulah yang membawa beliau ke Masjid Agung Sunda Kelapa untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Pada mulanya menjadi muallaf itu cukup berat terutamanya semasa bulan puasa namun kini beliau telah biasa menjalaninya, alhamdulillah.
Kilang Samsung, Cikarang Indonesia
Dia sangat bersyukur kerana keputusan tersebut amat jarang terjadi. Biasanya Samsung akan mengirimkan pekerjanya untuk bertugas di luar negara apabila telah bekerja dalam temp0h yang cukup lama iaitu min1mum 10 tahun.
Dari Samsung Pindah Ke Hyundai
Terkini yang dilap0rkan oleh Kompas pada 2020, Pak Haji ini telah berpindah kerjaya menjadi Timbalan Presiden serta Chief Operating Officer (COO) Hyundai Motor Asia Pacific setelah berbulan-bulan memikirkannya.
Sebelumnya dia telah bekerja di Samsung lebih kurang 28 tahun. Pertukaran sy4rikat itu adalah kerana Hyundai Motor sudah beberapa kali mendekatinya untuk bekerja dengan mereka. Meskipun begitu beliau tetap akan membantu b1snes Samsung di Indonesia.
Penulis Buku Yang Digelar ‘Pak Haji’
Di tengah kesibukannya dalam mengelola Samsung Indonesia, Lee sempat menerbitkan bukunya. Bahkan dirinya juga menjadi ketua kumpulan penulis Korea di Indonesia. Buku yang ditulis adalah dalam pelbagai genre seperti esei dan puisi. Menariknya, insp1rasi menulis datang dari mana sahaja, termasuk hal-hal yang kecil.
Pernah sekali, dia merasa geram dengan anak bungsunya kerana sambil lewa dalam mengerjakan beberapa hal.
“Lalu anak saya kata, ‘Bapa makanya sabar, belajar sabar, Pak’,” ceritanya sambil tertawa. Kisah ini pun dituliskan menjadi buku berjudul Sabar yang ditulis dalam bahasa Korea.
Dikhabarkan juga bahawa setiap kali menunggu pemandunya selama 20 minit di dalam kereta beliau akan menulis tentang apa sahaja. Pemandu peribadinya, Sukimin yang telah bekerja selama 20 tahun dengannya pun pernah menjadi svbjek karya beliau. “Setiap hari, setiap pagi di dalam kereta sambil menunggu sekitar 20 min1t, saya tulis tentang apa saja,” katanya.
Selain itu, dirinya juga mendapat gel4ran ‘Pak Haji’ meskipun belum pernah menunaikan ibadah haji. Lee berpendapat panggilannya tersebut berasal dari namanya yang kerap dituliskan dengan ‘KH Lee’ atau yang biasa diertikan sebagai Kiai Haji (KH).
Berjanji Menunaikan Haji
Walaupun belum menunaikan rukun Islam kelima, Lee sudah pernah melaksanakan umrah. Lee mengaku bahawa pada ketika ini belum memungkinkan untuk menunaikan haji kerana jadual pekerjaannya yang sangat padat.
“Tapi saya sudah berjanji kepada istri saya akan berangkat haji,” ujarnya.
“Nama saya KH Lee, mungkin orang-orang memanggil ‘Kiai Haji’ Lee, jadi doakanlah sekali,” beliau bersel0roh lagi.
Mimbarraudhah: Masyallah, begitulah kisah seorang lelaki Korea mendapat hidayah kerana sifat dan nilai murni Islam yang ditonj0lkan oleh masyar4kat muslim di Indonesia. Bukan hanya itu, kita boleh mencont0hi banyak nilai-nilai p0sitif dalam peribadi lelaki ini terutamanya dalam pengurusan masa yang efektif.
Sumber: fb
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
Anda dapat sesuatu?
Kongsikan cerita ini semoga ramai tertular aura p0sitif dan mengambil semangat beliau.
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.