Connect with us

SEMASA

Budak Terlalu Khusyuk Sampai Tertidur Ketika Sujud, Ikut Pergi Solat Jumaat

Published

on

Alangkah indahnya jika sejak kecil lagi, kanak-kanak sudah diajar dan diterapkan dengan ilmu agama oleh ibu bapa mereka.

Namun, realitinya sebagai seorang kanak-kanak sudah tentu kadangkala ada sahaja perkara lucu yang membuatkan orang sekeliling geli hati sewaktu mempelajari ilmu agama.

Begitulah seperti kisah seorang kanak-kanak lelaki bernama Masjib yang tular di Indonesia ini.

Tertidur dalam sujud

 

Difahamkan lagi, sebenarnya dia ingin ikut serta menunaikan solat Jumaat bersama beberapa jemaah dewasa lain.

Sewaktu sedang solat, tiba-tiba di separuh jalan dia tidak dapat menahan perasaan mengantuk dan akhirnya tertidur dalam posisi sedang sujud.

Tingkah laku Masjib dikongsi menerusi sebuah video di aplikasi TikTok.

Igatkan ‘khusyuk’ solat

Dalam video berkenaan, kelihatan Masjib yang memakai jubah putih sedang sujud sementara jemaah lain berdoa.

Pada awalnya, ramai menyangka Masjib taat beribadah dan sedang khusyuk solat kerana sujudnya mengambil masa sangat lama.

Bagaimanapun, keadaan menjadi pelik apabila Masjib masih tidak bangun dari sujud walaupun setelah selesai solat.

Akhirnya, para jemaah lain memeriksanya dan rupanya dia tertidur dalam sujudnya.

xApa lagi, semua orang dewasa yang berada di masjid itu tersenyum geli hati dan membiarkan dia tidur. Setelah hampir semua jemaah pulang, barulah Masjib dibangunkan dari tidurnya.

Dengan muka pisat baru bangun tidur, dia memandang ke arah sekeliling barangkali hairan dengan apa yang telah berlaku lebih-lebih lagi apabila ramai sudah meninggalkan masjid itu.

Semoga jadi anak soleh
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah kanak-kanak itu. Mereka berdoa agar dia membesar menjadi anak yang soleh kelak.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyangka kanak-kanak itu meninggal dunia ketika sujud (husnul khatimah)

Comelnya! Semoga jadi anak soleh ya dik~

Sumber: TikTok @gongpacitan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.