MOTIVASI
Setelah Lama Tak Terima Tawaran Berlakon, Ini Keadaan Terkini ‘Buntat’. Kini Meniaga Roti Canai
Setelah Lama Tak Terima Tawaran Berlakon, Ini Keadaan Terkini ‘Buntat’. Kini Meniaga Roti Canai
Kini, Muhammad Ariff lebih memberi fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangka tahun depan.
Lima tahun lalu, watak Buntat yang dilakonkan Muhammad Ariff Abdullah, 17, dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku pernah mencetuskan fenomena sehingga meraih populariti dalam sekelip mata.
Selain itu, Muhammad Ariff yang kini meningkat remaja turut mengambil kesempatan membantu bapanya yang menjual roti canai di medan selera di Jitra, Kedah.

Malah, berbanding ketika awal mencipta nama, dia juga semakin ramah dan selesa ketika diaju pelbagai soalan mengenai perkembangan dirinya.
Melihatkan tingkah lakunya kini, Muhammad Ariff lebih petah berbicara selain tidak kekok ketika mengambil pesanan dan melakukan kerja di kedai bapanya.
” Mungkin ada hikmahnya juga kerana disebabkan COVlD-I9 ini saya dapat fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan SPM.
Tidak lekang dengan senyuman, Muhammad Ariff berkata, dia teringin untuk berlakon, namun disebabkan pndemik COVlD-I9 dia terpaksa memperlahankan aktiviti lakonan selain tidak menerima sebarang tawaran.
” Kali terakhir saya menjalani penggambaran tahun lalu dalam satu babak drama 7 Hari Mencintaiku 2 dengan memegang watak sebagai Ariff,” katanya di kedai roti canai bapanya.
Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya ditawarkan watak apa sekalipun selepas ini, namun ia mungkin perlu seiring dengan usianya yang meningkat remaja.
” Saya seronok berlakon dan yakin akan dapat menjiwai apa saja watak yang diberikan kerana minat dan enggan sia-siakan bakat yang ada,” katanya.
Selain mencipta nama dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Muhammad Ariff juga pernah berlakon dalam filem Jibam yang ditayangkan pada 2017 dengan memegang watak sebagai kanak-kanak istimewa.
Walaupun menghdap disIeksia serta menghadapi msaIah untuk membaca dan menulis, namun Muhammad Ariff mempunyai daya ingatan yang kuat dan cenderung kepada perkara diminatinya.
Namun dalam keadaan begitu dia tetap diberi keyakinan membawa watak Jibam, sebuah produksi pertama yang dijayakannya sebagai pelakon.
Untuk makluman, dia terlebih dulu beraksi di depan kamera untuk Jibam sebelum membawakan watak Buntat. Namun siri drama popular itu dapat ditonton lebih awal oleh orang ramai.
Sebagai insan istimewa, Mohd Ariff sentiasa didampingi bapanya, Abdullah Kasim, 53, semasa berlakon. Sekurang-kurangnya si bapa bertindak sebagai pembantu untuk memberi penerangan bagaimana kemahuan pengarah.
” Alhamdulillah, Ariff seorang budak yang cepat memahami dan mempunyai ingatan kuat, itu adalah bakat yang dikurniakan untuk seorang anak kelainan upaya sepertinya.
” Saya akan membantu Ariff dengan menterjemahkan sesuatu perkataan dan menunjukkan ekspresi wajah yang sesuai untuknya.
” Malah Ariff juga boleh menghafal skrip dalam masa 10 minit,” katanya.

Kenali siapa Buntat
Watak Buntat pernah menjadi trending di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Ia selepas ramai penonton yang menonton drama berjudul 7 Hari Mencintaimu episod 21 rasa terkesan dengan watak yang dilakonkan oleh Ariff.
Selepas kematian Buntat, Mia baru mahu menunjukkan penyesalan selepas tindakan Buntat yang mahu menyelamatkan dirinya yang tersangat sombong dan angkuh itu.
Dalam episod 21, Buntat telah disahkan meninggI dnia selepas didera oleh abang angkatnya iaitu Adi. Tidak cukup dengan itu, dia turut dipukul oleh bekas kekasih Mia Adriana, Khalil.
Selama ini, Mia Adriana sering menunjukkan rasa bencinya terhadap Buntat telah menyesal di atas semua perbuatan buruk kepada Buntat.
Kebaikan yang ditunjukkan Buntat juga telah membuka mata Mia yang selama ini keras kepada menjadi lembut.
Biodata Buntat Pelakon 7 Hari Mencintaimu TV3
Di bawah ini, kami kongsikan biodata penuh Buntat selaku pelakon drama 7 Hari Mencintaimu yang disiarkan di slot Akasia TV3 seperti berikut :
Nama Penuh : Mohd Ariff sebagai Buntat
Umur : 17 Tahun
Drama : 7 Hari Mencintaiku
Filem : Jibam (2017)
Asal : Jitra Kedah
Status : Anak Kepada Tauke Roti Canai Pak Mutalib Jitra
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: hmetr0 dan maIaysiakini / thebolalive
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI5 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

