Connect with us

PANDUAN

Cara Mudah Keluarkan Semut Yang Penuh Dalam Bekas Gula, Sejam Hilang Semua

Published

on

Cara Mudah Keluarkan Semut Yang Penuh Dalam Bekas Gula, Sejam Hilang Semua

Cara Mudah Keluarkan Semut – Takkan nak buang pula kan. Jadi boleh guna cara yang dikongsi oleh Ameera ini untuk kita keluarkan semut daripada balang gula. Caranya cukup mudah cuma guna kulit kayu manis.

Satu balang penuh dengan gula, tapi dek kerana tutup tak ketat habis dimasuki semut. Ada juga gula masih lagi dalam pek belum dibuka tapi dah ada semut di dalamnya.

Baca ini juga: Halau Tikus & Keturunannya Dari Rumah Menggunakan 5 Jenis Daun Ini

Hukum makan semut

Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.

Kita juga dilarang untuk membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةِ، وَالنَّحْلَةِ، وَالْهُدْهُدِ، وَالصُّرَدِ

Maksudnya: “Rasulullah ﷺ melarang daripada membunuh empat binatang yang melata: semut, lebah, hud-hud dan al-surad (sejenis burung lang).”

Riwayat Ahmad (3066), hadis sahih.

Cara Mudah Keluarkan Semut

Cara Mudah Keluarkan Semut

Cara Mudah Keluarkan Semut :

1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.

2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.

3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.

4. Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.

Cara Mudah Keluarkan Semut

Ini hasilnya selepas sejam.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

Baca ini juga: Ramuan Berkesan Elak Ul4r Dan T1kus Masuk Rumah, Gaul Garam Kasar Dengan 3 Bahan Ini

Cara Mudah Keluarkan Semut

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Ameera

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.