PANDUAN
Cara tanam pokok bunga kantan Yang Betul, Tip Dari Pekebun Kantan. Baru Subur & Banyak Bunga
Cara tanam pokok bunga kantan Yang Betul, Tip Dari Pekebun Kantan. Baru Subur & Banyak Bunga
Pengenalan
Pokok bunga kantan, juga dikenali sebagai Etlingera elatior, adalah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh tinggi sehingga 4 hingga 5 meter. Ia terkenal dengan bunganya yang cantik dan berwarna merah jambu, yang sering digunakan sebagai bahan dalam masakan tradisional Malaysia, terutamanya dalam hidangan seperti laksa dan kerabu.
Bagi yang nak mencuba menanam pokok kantan sama ada sikit atau banyak perkongsian Cara tanam pokok bunga kantan Yang Betul dari Sadam Arffain, pekebun kantan ini boleh dijadikan panduan.
Ramai yang nak cuba tanam pokok kantan di rumah memandangkan kegunaannya dalam masakan pun banyak. Tambah lagi harganya pun boleh tahan juga.
Cara tanam pokok bunga kantan
1. Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di bawah yang diambil dari rumpunan pokok kantan. Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
2. Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakkan kerana tumbesaran pokok tidak memberangsangkan.
3. Rhizome yang telah dicantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baiknya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
4. Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
5. Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
6. Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
7. Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
8. Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.
9. Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
10. Dalam tempoh 2 tahun, pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
11. Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh di celahan batang pokok kantan.
12. Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
13. Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
14. Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
Penjagaan pokok kantan (Cara tanam pokok bunga kantan Yang Betul)
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah
Hasilnya! Nak beli rhizome kantan untuk tanam boleh klik SINI
Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Cara tanam pokok bunga kantan Yang Betul
Semoga bermanfaat Cara tanam pokok bunga kantan ini.
Sumber Cara tanam pokok bunga kantan : Sadam Arffain
Lihat lagi: Tip Tanak Pulut Guna Rice Cooker. Tudung Periuk Kena Lapik & Jangan… Barulah Hasil Pulut Cantik
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.