PANDUAN
Cara Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank, Duit Terus Masuk Akaun
Cara Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank, Duit Terus Masuk Akaun
Mesin akan kira siap-siap dan duit pun terus masuk dalam akaun. Senang kan. Kalau kali pertama nak tukar boleh baca dulu langkah yang dikongsi oleh Anan Adli ini.
Dah masuk hujung tahun, tabung duit syiling yang kita kumpul pun pun mungkin dah penuh. Tak payah susah-susah nak kira, bawa saja semua duit syiling ke mesin duit syiling yang ada di bank.
1. Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ini akan asingkan setiap syiling. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima ya.
Pergi ke cawangan yang ada mesin ini. Tak semua cawangan Maybank ada. Untuk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.
2. Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yangg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
3. Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu untuk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, nombor akaun dan juga no. telefon.
4. Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, no akaun dan jumlah wang syiling yangg dah di deposit tadi.
5. Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke akaun petang nanti (kalau pergi pagi).
Maybank Coin Deposit Machine (senarai diambil dari laman web Maybank2U)
- KL Main Branch
- Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
- Shah Alam Main Branch
- USJ Subang Jaya Branch
- Seremban Branch
- Jelapang Branch
- Melaka Main Branch
- Johor Bahru Main Branch
- Jelutong Branch
- Alor Star Branch
- Taman Tas Branch
- Kuala Terengganu Branch
- Kota Bharu Branch
- Wisma Satok Branch
- Kota Kinabalu Branch
- Rawang Branch
- Prai Industrial Estate Branch
- Legenda Heights Branch
- Pulau Langkawi Branch
- Paka Branch
- Tanah Merah Branch
- Mutiara Damansara Branch
- Bandar Baru Selayang Branch
- Bandar Sunway Branch
- Equine Park Branch
- Station 18, Ipoh Branch
- Skudai Branch
- Batu Pahat Branch
INFO
- Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ini ikut waktu operasi bank, bukan macam cash deposit machine. Sebab resit kena bagi balik di kaunter khidmat pelanggan.
- Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut utk check availaibility of the machine. Mana tahu mesin under maintenance, dah takde ke kan. Buang masa je datang.
- Resit hanya valid satu hari saja. Lepas dapat resit dari mesin, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan pergi esok pulak.
- Kalau rajin boleh kira dulu jumlah syiling untuk make sure jumlah sama dgn yang dikira di mesin.
Bagi CIMB untuk mengetahui cawangan yang ada mesin deposit syiling boleh klik SINI
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Anan Adli, Vanilla Kismis
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.