MOTIVASI
“Cikgu-cikgu lelaki pun dah kalut macam bini diorang nak beranak” Satu Sekolah Jadi Kalut Bila Staf Tiba-tiba Nak Bersalin
Hari ini sudah pastinya menjadi hari yang tidak dapat dilupakan oleh mereka semua, apa tidaknya keadaan jadi kelam kabut sebaik sahaja staf Pembantu Pengurusan Murid (ppm) memaklumkan rasa sakit untuk bersalin.
Guru-guru di sekolah Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang menjadi kelam-kabut apabila berdepan dengan satu kejadian yang tidak diduga disekolah.Cikgu-cikgu Sekolah Jadi Kalut, Kelam Kabut Sebab Staf Tiba-tiba Nak Bersalin Di Sekolah
Berikut adalah perkongsian daripada Puan Norazira Zikir.
Sis punya kelam kabut tak boleh nak bincang bila ppm sis bagitau dia rasa macam nak bersalin. Terus lari naik pejabat minta kerani call 999.
Jadi bidan terjun beramai-ramai sambut ppm sis bersalin kat kelas prasekolah sis😅Cikgu-cikgu Sekolah Jadi Kalut, Kelam Kabut Sebab Staf Tiba-tiba Nak Bersalin Di Sekolah
Dalam keadaan cemas itu, cikgu-cikgu semua berlari satu sekolah bertanya siapa yang berani sambut kelahiran bayi. Mujur ada seorang pengawal keselamatan wanita yang tenang dan membantu proses kelahiran.
Sementara tunggu ambulan, PPM sis dah jerit-jerit tak tahan sakit. Lepas tu air ketuban pulak dah pecah. Memang tak boleh tunggu dah ni. Dia kata baby nak keluar sangat dah.
Ramai mak-mak angkat yang sambut dia hehe. Cikgu-cikgu lelaki dan guru besar pun kalut satu sekolah dah macam bini diorang nak beranak hehe. Semua tak sabar nak tengok baby. Alhamdulillah ustaz iqamahkan baby girl kami ni.
Sis duduk sebelah bantu…memang berdebar bila tengok kepala baby dah kluar…mintak ppm try push Alhamdulillah mudah sangat baby keluar.
Memang satu pengalaman yang lain dari yang lain kan.
Dengan penuh rasa syukur, bayi akhirnya selamat dilahirkan dengan mudah. Ibu bayi juga berada dalam keadaan stabil. Sementara menunggu ambulan sampai, mereka memandikan dan mencuci bayi menggunakan besen yang ada sahaja.
sumber: arenagempak, Norazura Zikir
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.