Connect with us

SEMASA

Dulu tular suami hilang ingatan, kini Alhamdulilah sihat selepas 5 tahun terlantar

Published

on

“Macam tak percaya Allah bagi peluang kedua. Doktor jangka dulu pun dapat hidup enam bulan je, tapi kuasa Allah SWT,” tulis Siti Rohayu Ibrahim.

Siti Rohayu adalah isteri kepada Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, lelaki yang hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya pada 2017.

@sitirohayu303

macam tak percaya Allah bagi peluang kedua😭doktor jangka dulu pun dapat hidup 6bulan je, tapi kuasa Allah… #fyp

♬ original sound – zando – Zando

Sebelum ini, pengorbanan wanita berusia 31 tahun itu sering menjadi perhatian netizen kerana keperitan dan ketabahan menjaga suaminya selain dua anak mereka yang kecil.

Kini, selepas lima tahun, tiada apa mampu diungkapkan selain luahan syukur dengan keajaiban dikurniakan Allah SWT apabila melihat suaminya yang berusia 30 tahun itu mula beransur sihat seperti biasa.

@sitirohayu303

5tahun……Makin digengam makin terluka, pengorbanan yang tidak dihargai oleh mereka #fyp

♬ original sound – Pijah Mohamad – MMC MASAKMASAKCEKYANA

 

 

Menerusi platform TikTok, Siti Rohayu berkongsi beberapa video mengenai kesihatan suaminya yang dilihat mula menunjukkan perkembangan positif sejak akhir tahun lalu.

@sitirohayu303

Orang tak kan Rasa ape yang kami Lalui😭 Ya Allah… kuatkah aku??? Tak mampu lagi berjuang seorang diri…

♬ original sound – Pijah Mohamad 🇲🇾 – MMC MASAKMASAKCEKYANA

Koleksi video lain memaparkan Muhamad Ridhwan sudah boleh bertutur secara perlahan-lahan dengan bergurau senda bersama isterinya selepas beberapa tahun terlantar ‘membisu’ tanpa kata.

@sitirohayu303

sentiasa ketawa bersama2.. sentiasa ku sembunyikan tangisan airmata darimu😭

♬ original sound – 𝔄𝔩𝔦𝔣 𝔇𝔞𝔫𝔦𝔢𝔩 🔥 – 𝔄𝔩𝔦𝔣 𝔇𝔞𝔫𝔦𝔢𝔩 🔥

@sitirohayu303

Pengubat Duka Lara🥺 Tak pernah putus asa membuat mu sihat dan bahagia❤️ #fyp #fypシ #fy

♬ bunyi asal – Siti Rohayu – Siti Rohayu

Tidak pernah jemu mengembalikan ingatan suaminya, pengorbanan Siti Rohayu meraih pujian ramai yang disifatkan satu dalam sejuta kerana tidak berputus asa dalam menjaga pasangan hingga ke akhir hayat.

Malah, rata-rata turut tumpang gembira melihat daya ingatan Muhamad Ridhwan kembali pulih serta keadaan fizikal yang sihat sekali gus bersyukur dengan kebesaran Allah SWT.

Sumber: TikTok @sitirohayu303

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.