SEMASA
Ebit Lew Bantu Pemuda tular Baca Hadis, 2 Bulan Tinggal Tepi Jalan

Dermawan dan pendakwah bebas, Ebit Lew yang baru sahaja pulang dari kampung melawat bapanya yang sakit telah bergegas mencari seorang pemuda yang tular tinggal di tepi jalan dan hebat menghafal hadis.
Ebit Lew memberitahu pemuda tersebut terkejut melihat kehadirannya dan terus memeluk sambal mengalirkan air mata. “Terkejut bila ramai tag saya tentang adik ni.
Tidur hentian motosikal bawah jejambat dah 2bulan. Tepi jalan besar. Beralas papan keras sahaja. Ada masalah emosi dan tekanan perasaan. “Beliau bercerita sambil menangis-nangis. Asal Sarawak dan tiada mak ayah semenjak kecil.
Pernah terlibat dengan sejarah hitam dan pahit. Pernah juga belajar agama “Saya dari kampung belum balik rumah bergegas cari adik ni. Sampai jer dia terus peluk saya dan menangis.
Tak dapat nak tahan dah. Katanya dia berdoa terlintas ingin berjumpa saya. “Saya kata semuanya kerana kasihnya Allah pada kita. Takdir yang berlaku supaya kita menjadi hampir padanya,” katanya Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Beberapa hari lalu, tular video pemuda tersebut apabila menceritakan perjalanan hidupnya sambil membaca beberapa hadis al-Quran. Menurut Ebit, pemuda yang berasal dari Sarawak itu mahu mencari kerja dan memasuki madrasah serta mahu memperbaiki kehidupannya masa lalu.
“Syukur katanya ingin cari kerja atau masuk madrasah. Nak perbaiki hidup masa lalu. Saya bawa beli baju baru dan seluar dan kelengkapan lain. Ajak berehat di hotel dulu. “Sampai hotel terus adik ni sujud syukur lama menangis-nangis.
Saya rasa sebak sedih. Tanyanya lagi kenapa Allah baik pada saya setelah ujian dan kejahatan saya dimasa lalu. Perjalanan hidup saya ditemukan dengan ustaz. “Belanja buka puasa dan tidur di hotel. Mata sebelahnya dah tak berapa nampak. Syukur masa saya sampai tadi berjumpa Ijam yang mula berjumpa adik ni dan viralkan videonya ada memberi nasihat.
Bersama saya juga tadi ada 2 anggota polis bukit Aman Anas dan Syukri. Terima kasih ya.. “Esok kami akan cari bilik sewa dan ingin carikan kerja yang sesuai untuk adik ni. Semoga menjadi asbab kebaikan,” ceritanya.
Sumber : AstroGempak
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.