SEMASA
Erdogan Akhirnya Wujudkan Impian Sultan Abdul Hamid II 150 Tahun Lalu
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Jumaat memantau projek pelabuhan Filyos di provinsi Laut Hitam, Zonguldak. Projek yang disebutnya sebagai pintu keluar Laut Hitam. Setelah selesai pembinaannya akan meringankan beban di pelabuhan Marmara dan selat, juga memastikan jalur perdagangan ke selatan dan Timur Tengah dari kawasan Asia Tengah dan Laut Hitam.
Erdogan turut didampingi oleh Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turki, Adil Kara Ismailoglu. Sebelumnya pada hari Kamis, Adil Kara Ismailoglu mengatakan dalam sebuah kenyataan pers bahwa projek pelabuhan Filyos di Zonguldak merupakan salah satu projek kebanggaan Turki.
“Pembukaan projek ini turut disebutkan dalam Laporan Produktiviti Awam Anatolia pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II adalah usaha Presiden Erdogan”
Projek pelabuhan raksasa itu awalnya adalah idea Sultan Abdul Hamid II, 150 tahun lalu.
Pelabuhan Filyos adalah sebahagian dari Projek Lembah Filyos, Erdogan mengatakan bahawa kawasan industri, pelabuhan, kereta api, dan peluang pengangkutan lain, Lembah Filyos menawarkan konsep industri bersepadu kepada pelabur dalam dan luar negara.
“Kami menjanjikan banyak peluang kepada pelabur kami di lembah ini,” kata Erdogan.
Zon Industri Filyos adalah zon mega-industri pertama Turki. Projek ini memiliki luas sekitar 600 hektar dan terletak di kawasan strategik Lembah Filyos.
Kawasan industri ini, dirancang dengan pendekatan inovatif dan mesra alam, bermula dari kepimpinan sektor swasta. Filyos diatur untuk menjadi tuan rumah pelaburan berorientasikan teknologi sederhana dan tinggi.
“Dengan struktur bersepadu, Lembah Filyos akan memberikan sumbangan yang besar terhadap pengeluaran, eksport dan pekerjaan di rantau ini dan Turki dalam tempoh yang akan datang, “kata Erdogan.
Sumber: Turkinesia
TURKI TEMUI GAS ASLI DI LAUT HITAM
Turki menemui 135 bilion kubik meter padu gas asli di selatan Laut Hitam, kata Presiden, Recep Tayyip Erdogan.
Penemuan baharu di lapangan Amasra-1 akan meningkatkan lagi jumlah potensi di wilayah berkenaan kepada 540 bilion kubik meter, kata Erdogan ketika bercakap pada upacara pembukaan di wilayah Laut Hitam Zonguldak.
Tahun lalu, Turki mengumumkan menemui 405 bilion kubik meter padu simpanan gas asli di wilayah Laut Hitam Sakarya, kira-kira 100 batu nautika di utara pantai Turki.
Jika gas terbabit dapat diekstrak secara komersial, penemuan itu dapat membantu Turki mengurangkan kebergantungan negara berkenaan terhadap import sumber tenaga dari negara seperti Russia, Iran dan Azerbaijan.
Ketika ini, Ankara bergantung penuh dengan Russia untuk sumber tenaganya dan ia berhasrat untuk mempelbagaikan bekalannya.
Erdogan sebelum ini mengarahkan kerja penerokaan semula sumber tenaga kontroversi di luar pantai selatan Turki berhampiran Pulau Greece yang menjadi pertikaian di perairan timur Mediterranean.
Isu berkenaan mencetuskan pertelingkahan antara Ankara dan Athens, Cyprus dan Kesatuan Eropah (EU) dan memburukkan lagi ketegangan dengan Perancis yang bertindak meningkatkan kehadiran tentera mereka di rantau terbabit.
Sumber: Berani Bangkit
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.