Connect with us

SEMASA

‘Apa Salahnya Ambil Sy Berlakon. Saya Bukannya Mengidam Watak Utama Pun’ – Allahyrham Fetty Dzul

Published

on

‘Apa Salahnya Ambil Sy Berlakon. Saya Bukannya Mengidam Watak Utama Pun’ – Allahyrham Fetty Dzul

Itu antara komen warganet susulan pemrgian peIakon veteran Fetty Dzul yang meninggI dnia akibat COVlD-I9 taha.p lima di Hspital Selayang jam 7.30 pagi.

” Sentiasa ingat dengan suara arwh sedap yang sedap didengar dan lakonannya selalu menjadi..”

Fetty dimasukkan ke Unit Rwatan Rapi (lCU) hspital berkenaan sejak 7 November lalu dan berita pemrgian arwh disampaikan sendiri anaknya dikenali sebagai Ijat kepada pelakon veteran, Isma Alif.

Pastinya bagi yang mengikuti perkembangan drama dan filem Melayu, suara klasik Fetty Dzul atau nama sebenarnya, Fatimah Abd Rahim sangat melekat di hati peminat.

” Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mengampuni arwh Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Aamin!

” Terima kasih di atas semua ingatan yang ikhlas dan doa yang baik-baik terhadap arwh Mamy.

” Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwh ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua.

” Minta halalkan makan minum dan perbuatan serta tutur kata arwh Mamy Fetty Dzul. Dia sayang semua orang!,” kata anaknya menerusi mesej kepada Isma Alif.

Allahyrham Fetty begitu laris membintangi pelbagai drama dan wajahnya sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an.

Selain pelbagai drama dan telefilem, Fetty turut berlakon dalam filem Boss, Pont1anak Bidan Gayah dan Hantu Bungkus Lawan Pont1anak.

Fetty dikenali peminat kerana sering tampil dengan watak jah4t dalam drama dan filem.

Mungkin ramai juga yang sudah terlupa Fetty antara pelakon terawal terbabit dengan siri drama kepolisan terbitan Datuk Yusof Haslam iaitu Remang-Remang Kota Raya, Harimau Rimba dan Debu-Debu Kota pada 1980-an.

Allahyrham juga pernah terbabit dalam filem Cinta Kita pada tahun 1995 yang turut dibintangi oleh Sofea Jane, Aman Graseka, Sharifah Shahirah dan Bell Ngasri.

Pelakon ini kemudiannya meninggalkan Malaysia selama empat tahun pada awal 1990-an kerana mengikut Allahyrham suaminya bertugas di Amerika Syarikat.

Apabila pulang ke tanah air, dia menyaksikan kekosongan yang ditinggalkannya sudah diisi pelakon generasi baru ketika itu seperti Normah Damanhuri, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

Pernah luah rindu untuk buat ‘comeback’

” Tak dinafikan minat saya untuk berlakon tak pernah padam. Saya dulu sebenarnya adalah kakitangan kerajaan. Disebabkan terlalu meminati bidang lakonan, saya curi-curi berlakon.

Memetik laporan Hmetro bertarikh 26 Mei 2018, arwh pernah meluahkan rasa rindu dan menyatakan hasrat untuk kembali berlakon.

” Alhamdulillah banyak juga drama yang saya bintangi antaranya telefilem Kamelia Katrina, Ops Cinta Din Sardin, Encik Suami Mat Salih Celup, Demi Cinta Ain dan banyak lagi,” kata Allahyrham pada waktu itu.

” Sekarang saya sudah bersara, jadi dapatlah fokus pada lakonan sepenuh masa.

Fetty memulakan langkah dalam bidang seni pada 1977. Dia sepatutnya membintangi filem Waja Perkasa arahan Hussein Abu Hassan. Malangnya filem ini tidak jadi diterbitkan.

” Rezeki saya untuk berlakon filem akhirnya kesampaian apabila membintangi filem Malam dan Korban Hari Raya arahan Ahmad Mahmud.

Filem lain lakonan saya ialah Boss (Z Lokman), Pontianak Bidan Gayah (Rahman Adam) dan Hantu Bungkus Lawan Pontianak,” katanya.

” Saya sebenarnya pergi menunaikan haji pada usia muda. Agak janggal untuk saya menggunakan nama Hajah Fatimah, tambah pula penampilan saya agak daring mengikut trend ketika itu.

Ditanya berkenaan nama komersialnya, Fetty memberitahu, ia dicetuskan oleh wartawan veteran Allahyarham Bahyah Mahmood dan Mustapha AR.

” Zulkifli adalah nama suami. Gabungan ini sedap disebut dan terus kekal melekat sehingga sekarang,” menurut arwh yang mempunyai dua anak iaitu Dr Izyani Zulkifli dan Izeti.

Sedih peminat tidak lagi kenal

” Dengan kesihatan yang baik dan anak-anak pun sudah besar, dapatlah saya kembali aktif berlakon macam dulu. Saya memang nak buat ‘comeback’ dalam lakonan sepenuhnya.

Walaupun semakin dipanjat usia, Allahyrham sewaktu usianya amat mementingkan penjagaan kesihatan dan tidak mengh1dap sebarang pnyakit. Dia sentiasa mengelakkan makan nasi secara berlebihan.

Fetty tidak kisah sekiranya diberikan watak nenek yang sesuai dengan usianya. Namun, dia amat kcewa dengan sikap penerbit atau pengarah yang ambil pelakon asal boleh untuk berlakon watak orang tua.

” Bagaimanapun, agak sedih kerana ramai peminat tak kenal saya. Mungkin penampilan saya yang dah bertvdung buatkan wajah saya berbeza,” katanya.

” Kadangkala pelakon berusia 30-an disolek untuk bawakan watak tua dan ini tak sesuai langsung. Apa salahnya ambil pelakon seperti saya untuk bawa watak sebegitu.

” Saya sebenarnya rindu nak berlakon dan bukanlah mengidamkan watak utama atau penting. Bagilah mana-mana watak yang sesuai kerana nak aktif semula seperti dulu.

” Tak kisahlah saya hanya tampil berlakon lima atau enam babak dalam satu drama, janji saya dapat tawaran berlakon tanpa henti,” luah arwh ketika ditemubual pada 2018.

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali. Ya Allah.. Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: hmetr0 / thebolalive

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.