Fouziah Gous Telah Berjaya Khatam Al-Quran Pada Nuzul Al-Quran

Pelakon Fouziah Gous memuat naik satu entri di Instagram meluahkan rasa syukur dan gembira apabila berjaya khatam Al-Quran pada hari Nuzul Al-Quran, Khamis lalu.
Kata Fouziah lagi, dia gembira dengan izin Yang Maha Esa kerana dapat khatam Al-Quran pada bulan Ramadan seperti yang dihajatkannya.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, seperti yang dihajatkan untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan dan Nuzul al-Quran dimakbulkan-Nya,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kasih kepada ustazah yang memantau bacaannya sepanjang proses khatam dan sanggup mengikut kehendaknya.

“Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya. Sanggup memandu datang rumah, layan mengaji dalam telefon selama sejam.

“Sanggup korbankan tidur, ikut masa saya dan banyak lagi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sekeping gambar untuk kenangan yang paling indah dalam hidup. Segala puji-pujian bagi Mu Ya Allah,” katanya.

Sumber : rotikaya

Leave a Comment

error: Content is protected !!