SEMASA
Ganas Dari Kecil, P3ngkid bawa lori k0ntena kejutkan Banyak orang selepas tiba-tiba pergi kerja pakai tudung
KISAH hijrah seorang wanita berperwatakan lelaki yang dikongsi menerusi TikTok ternyata mengundang perhatian ramai.
Menurut Nur Aina Anez Zainal Abidin, 26, dia berkongsi video itu secara suka-suka dan tidak menyangka akan meraih sokongan netizen.
Mesra disapa Aina, dia sewaktu dihubungi mStar sempat memperincikan semula kisah mengenai dirinya yang berperwatakan kasar seperti lelaki sejak kecil lagi.
“Saya dari kecil dah berperangai kasar. Saya anak bongsu daripada tiga beradik perempuan. Mungkin dulu mak nak anak bongsu lelaki, tapi dapat perempuan.
“Saya juga aktif bersukan. Bola jaring, bola tampar, acara olahraga… sukan lari-lari, lompat-lompat semua saya masuk.
“Masa sekolah saya pakai tudung, tapi kalau lepak malam kepala ‘bogel’ tiada tudung. Habis sekolah, saya mula bekerja. Masa tu memang berpakaian lelaki,” ujarnya.
Aina berkongsi video mengenai hijrah dirinya menerusi TikTok.
Menurut Aina yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia mula mendapat kesedaran untuk berubah ketika mula bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) sekitar tahun 2018.
Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk bertudung pada awal 2019 sebelum dibawa menunaikan umrah oleh ibunya pada November tahun sama atas penghijrahannya itu.
“Saya berubah dalam tiga tahun lepas masa kerja di PTP. Dulu saya kerja sebagai prime mover operator, bawa lori kontena. Perlahan-lahan berubah tapi masa tu saya masih pengkid (perempuan berperwatakan lelaki).
Rasa macam kebetulan. Tapi saya fikir, sampai bila nak jadi macam ni?
AINA
“Lepas tu, dalam setahun kerja, entah kenapa tiba-tiba saya nak pakai tudung. Orang lain pun tertanya-tanya.
“Selepas saya berubah, mak bawa saya pergi Makkah pada 2019 untuk mengerjakan umrah. Saya pergi bersama mak, nenek dan pakcik.
Aina bekerja di PTP sejak Mac 2018.
“Memang teruja dapat pergi Makkah. Di sana, saya juga tolong tolak kerusi roda nenek sebab dia dah uzur.
“Bila fikir balik pasal perubahan tu, saya pun tak sangka. Rasa macam kebetulan. Tapi saya fikir, sampai bila nak jadi macam ni?” ujarnya.
Aina (kiri) ketika menunaikan umrah dengan keluarganya pada 2019.
Tambah Aina, dia kini masih bekerja di PTP, tapi sudah berubah tugas dan kini menjalankan kerja-kerja dalam pejabat, berkaitan dengan kawalan jentera.
Dalam pada itu, Aina turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang menghulurkan kata-kata semangat dan doa buatnya menerusi ruangan komen TikTok.
Video dikongsi Aina sehingga kini meraih lebih 170,000 tontonan.
Sumber : mstar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.