MOTIVASI
Genius! Dengan Skor IQ 142, Budak 3 Tahun Dari Malaysia Ini Menjadi Ahli Mensa UK Termuda Pernah Direkodkan
Genius! Dengan Skor IQ 142, Budak 3 Tahun Dari Malaysia Ini Menjadi Ahli Mensa UK Termuda Pernah Direkodkan
IQ adalah cara untuk mengukṳr kepintaran dan kecerdẫsan otak dari segi akademik dan ilmiah. Mereka yang mempunyẫi IQ yang tinggi biasanya mudah untuk menerima pendḭdikan ilmiah, dan sering digelar sebagai genḭus.
Malaysia semɛmangnya dikenali dengan beberapa orang rẫkyat yang dilahḭrkan secara semulajadi sebagai seorang yang geniṳs atau mempunyai kepintaran luar bḭasa.
Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, yang menetap di United Kingdom bersama kedua ibu bapanya diterima masuk ke Mensa UK setelah mendapat skor 142 dalam ujian Stanford Binet – penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ.
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki dari Malaysia berusia 3 tahun menjadi ahli termuda yang diterima memasuki Mensa, iaitu masyarakat IQ tinggi antarabangsa.
Tambah Anira, anaknya itu mula menyebut perkataan pertama ketika berusia 7 bulan dan apabila berumur 2 tahun, Haryz sudah boleh membaca sendiri buku ceritanya.
Menurut laporan Mɛtro UK, nilai tersebut meletakkannya dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk. Ibunya, Nur Anira Asyikin Hashim yang berusia 30 tahun berkata bahawa rahsia kepintaran anaknya adalah pendedahan kepada buku seawal umur 2 tahun.
“Kami tidak mempunyai banyak pengalaman, jadi kami fikir kanak-kanak memang begitu. Tapi sebaik sahaja dia mula dihantar ke pusat asuhan, kami diberitahu bahawa keupayaan dirinya melebihi budak lain. Ketika itu kami sedari bahawa dia agak istimewa”, jelas Anira.
Anira dan suami, Mohd Hilmy Naim Mohd Yakin, kedua-duanya yang memiliki latarbelakang kejuruteraan sememangnya tidak pernah menyangka bahawa anak mereka memiliki kepintaran sedemikian.
Setelah mengetahui akan kepintaran dan kemahiran yang dimiliki anak mereka, pasangan itu kemudiannya telah mencipta satu saluran YouTube dinamakan ‘Little Haryz’ agar ianya dapat memberi galakan kepada kanak-kanak lain.
“Rancangan televisyen kegemarannya merupakan Story Bots dan Numberblocks namun dia lebih gemar berbual dengan orang yang lebih dɛwasa.”
Meskipun memiliki IQ yang tinggi, namun Haryz masih lagi bersikap seperti kanak-kanak seusianya. “Dia suka lompat pada lopak air, melukis, menyanyi dan semua perkara yang budak seusianya lakukan”.
“Apa yang penting adalah Haryz gembira dengan apa yang dilakukannya dan kami akan sentiasa berbangga dengannya tidak kira apa sahaja pencapaiannya”, ujar ibu kepada kanak-kanak luar biasa itu.
Selain membaca, kanak-kanak pintar berkenaan juga gemar bertanya dan bercakap mengenai angkasa lepas dan juga nombor. Agak mengujakan dan kami akan membantunya dengan memberi keyakinan padanya agar dia dapat berbakti kepada masyarakat di masa akan datang”.
“Tidak ada surah spesifik yang saya amalkan, saya membaca mana-mana sahaja surah dari al-Quran.”
Ditanya petua atau amalan surah tertentu sewaktu mengandungkan anak sulungnya, Nur Anira berkata sebagaimana ibu-ibu mengandung yang lain, dia juga mengamalkan membaca al-Quran selain membaca bahan berkaitan persediaan ke alam ibu bapa, serta bahan berkaitan pengajiannya.
Bercerita bagaimana Haryz mendapat pengiktirafan berkenaan, menurut Nur Anira, ia bermula apabila dia dan suaminya, Mohd Hilmy Naim diberitahu oleh guru di ‘nursery school’ bahawa perkembangan anaknya dalam pembacaan adalah lebih terkehadapan berbanding rakan seusianya di dalam kelas.
“Saya kerap berdoa agar dikurniakan anak yang sempurna dan baik hati. Tidak terlintas langsung yang saya akan mempunyai seorang anak yang berkebolehan,” jelasnya.
“Haryz dinilai secara tidak formal dalam ujian Stanford Binet dan mendapat skor 142. Kami sekaligus diberi borang untuk dihantar ke Mensa,” ujarnya.
“Oleh itu, kami membawanya berjumpa seorang psikologis kanak-kanak pintar di Britain, dengan harapan dapat mengenalpasti di mana kelebihan dan kekurangannya.
“Haryz boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Kami menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu ketika berada di rumah bersama Haryz. Namun, Haryz lebih gemar bercakap dalam bahasa Inggeris. Haryz juga belajar beberapa ayat Mandarin dari neneknya kerana neneknya seorang yang berbangsa Cina,” ujarnya.
Sungguhpun empat tahun menetap di negara orang, Nur Anira berkata dia dan suami tetap mengajar Haryz bertutur dalam bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu.
“Kami mahu kedua-dua IQ dan EQnya bergerak seiringan. Matlamat kami adalah memastikan Haryz boleh pergi lebih jauh dalam minatnya tak kira apa jua bidang yang diminatinya.
Ditanya perancangan untuk Haryz, Nur Anira berkata dia dan suami enggan memaksa, sebaliknya lebih suka membiarkan anak sulung mereka menentukan minatnya sendiri dan bercampur dengan kanak-kanak seusia dengannya.
“Kami tiada halangan dan kami akan cuba sedaya upaya memberikan sepenuh sokongan, pengisian dan dorongan untuk dia kekal ceria dan seronok dalam apa jua yang dilakukannya. Kami mahu dia terus ke hadapan dengan keinginan sendiri, jauh sekali untuk memaksa dirinya,” katanya.
“Pada pandangan saya, setiap anak dianugerahkan sisi keistimewaan masing-masing. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai dan sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan terpenting dalam menjaga emosḭnya tidak kira apa sekalipun pencapaiannya.
Penting untuk setiap ibu bapa memainkan peranan sewaktu tumbesaran anak-anak, khususnya menjaga emosi mereka tanpa mengambil kira soal pencapaian.
“Cuba berikan sepenuh perhatian apabila anak bercakap dan cuba menjawab segala pertanyaannya dengan baik. Ibu bapa perlu sering memberikan pujian terhadap apa jua usaha anak supaya mereka terus terdorong untuk ke hadapan,” katanya.
Mereka mampu mengubah sesuatu perkara yang sṳkar menjadi mudah dan juga cuba mencari jalan penyelɛsaian.
Gɛnius sesuatu yang subjektif. Golongan ini tidak boleh dinafikan dengan sṳmbangan besar terhadap masyarakat dan negẫra.
Sumber: ohinfokini.com
-
PANDUAN2 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.