PANDUAN
Tak Perlu Main ‘Kutu’, Guna Saja Goal Saving Plan Di Maybank2U Untuk Kumpul Duit. Lagi Selamat
Tak Perlu Main ‘Kutu’, Guna Saja Goal Saving Plan Di Maybank2U Untuk Kumpul Duit. Lagi Selamat
Ada sebab kenapa ia tak dibenarkan, salah satunya kerana sering berlaku penipuan. Ada yang melarikan duit kutu ribuan ringgit malah lebih dari jumlah ini. Rasanya kalangan kita yang main kutu dengan kawan pun pernah jadi mangsa.
Walau pun main kutu disenaraikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, tapi ramai yang masih melakukannya.
Bagi mengelakkan kejadian begini apa kata kita main kutu cara moden guna saving account sendiri. Bagi pengguna Maybank2u boleh guna Goal Saving Plan.
Guna Goal Saving Plan
Kita set lah sendiri kutu ini untuk apa, beli emas ke, untuk bercuti ataupun untuk renew road tax. Ikutlah apa tujuannya. Cara nak set kutu moden di Maybank2u ini boleh ikut perkongsian Wafa Ahmad
Macam main kutu cara lama kita akan serah duit ikut jumlah yang ditetapkan dalam satu tempoh masa yang kita sendiri tetapkan. Cukup tempoh baru akan diserah tapi semua ini dilakukan dengan autodebit. Jadi tak perlu pakai ibu kutu.
Caranya
Apa kata kita main kutu dengan diri sendiri je kat akaun Maybank kita saja. Caranya boleh ikut langkah di bawah
Ramai yang suka main kutu kan. Tapi risau takut kena tipu. Pastu time emergency nak guna duit tak boleh atau susah nak tukar giliran.
Mula-mula kenalah login akaun Maybank2u kita. Buka website www.maybank2u.com.my ye, bukan apps tau.
Dah login nanti akan jumpa ‘create goal’ (anak panah merah tu). Klik dan nanti keluar macam next gambar.
Okay dah klik ceate goal, akan keluar kotak macam ni. Isilah tempat kosong. Boleh set nk simpan total berapa. Setiap bulan nak deduct berapa RM. Tarikh untuk deduction berapa haribulan. Nak capai goal tu selama berapa bulan. Okay dah isi klik ‘start’.
Kemudian akan keluar macam ni kat skrin kita. Kena Request TAC untuk proceed kita punya Goals tu. Selesaikan hal TAC tu ye. Next.
Yeay! Setel dah kita punya goal saving. Bank akan auto tolak duit kita untuk masukkan dalam ‘goal saving’ ni. Janji kena ada duit untuk dia tolak nanti. Dan yang bestnya, kita boleh create seberapa banyak goal saving yang kita nak. Just tekan [Create Goal +] sebelah atas kanan tu.
Nota: Jangan sesekali beri TAC kepada mana-mana pihak jika diminta. Tak kisahlah untuk tujuan apa sekalipun atau mereka dakwa wakil bank sekalipun. TAC nombor kita hanya untuk kegunaan kita sahaja. JAGA NOMBOR TAC KITA!
Okay ni pulak kalau tetiba ada emergency case nak kena guna duit, terpaksa korek tabung jugak. No hal, benda boleh setel.
- – Ada 3 titik dalam bulatan goals kita tu, klik situ.
- – Dah tekan akan keluar kotak hitam tertera remove goal. Klik situ.
Next akan keluarlah macam ni. Tekan remove goal, nanti kena masuk nombor TAC untuk proceed step ni. Dan selepas kita remove goal, nilai duit yang dah saving akan masuk ke dalam akaun kita semula. Beres.
Okay. Dah tak payah main kutu dah.
Tapi bila kita dah buat goal saving ni, kalau boleh cuba untuk istiqamah. Baru lah goal kita akan tercapai dengan jayanya.
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Wafa Ahmad, Vanilla Kismis
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.