PANDUAN
Hargai Pengasuh Yang Baik, Mereka Insan Yang Memudahkan Urusan Hidup Kita. Rezeki Yang Sangat Besar

Hargai Pengasuh Yang Baik, Mereka Insan Yang Memudahkan Urusan Hidup Kita. Rezeki Yang Sangat Besar
Bolehkah kita membendung kejadian ini dari terus menular dan menjadi ketakutan ramai ibu bapa yang terpaksa meningalkan anak-anak dengan pengasuh.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perasaan bila kita membaca atau mendengar berita anak-anak kecil yang menjadi mangsa pengasuh. Bagaimana perasaan ibu bapa itu? Dan jika anak itu masih hidup, bagaimana dia membesar dengan trauma yang kuat itu; hanya Allah yang tahu.
Namun, ada keluarga yang tidak mampu mengambil tindakan itu kerana tekanan ekonomi dan kemungkinan juga kerana spesifikasi kerja yang memerlukan si ibu perlu terus bekerja. Selain itu, isu single mums, juga menjadi sebab mengapa berhenti kerja bukanlah jalan penyelesaian bagi sesaorang ibu itu.
Natijah dari cabaran ini, ramai para ibu yang berhenti kerja sebagai jalan penyelesaian kepada perkara ini. Mungkin itu yang terbaik.
3 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMASTIKAN PENGASUH ITU BETUL-BETUL BOLEH DIPERCAYAI.
Tolong jangan tinggalkan anak kecil anda dengan sesaorang dan tempat jagaan kanak-kanak yang ikut tangkap muat sahaja. Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda. Tiada kompromi!
1- Pastikan dia mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak. Ini amat penting kerana ini akan memastikan kemahiran yang dimiliki. Jika ia adalah pusat penjagaan kanak-kanak, maka amat penting bahawa semua pekerjanya yang menjaga kanak-kanak mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak yang diiktiraf.
2- Buat siasatan dan kajian sebelum sah mengambil seorang atau pusat asuhan itu sebagai pengasuh anak-anak anda.
– Interview kepada ibu bapa yang juga menghantar anak mereka di situ.
– Lihat track recordnya. Jangan hanya dengar apa yang dia atau mereka katakan. Ingat ya, mereka di dalam bisnes. Mereka boleh kata apa sahaja agar dapat sales.
– Dengar dan lihat bahasa dan lihat akhlak pengasuh-pengasuh, anak-anak mereka jika ada di situ dan juga kanak-kanak lain yang diasuh. Jika bahasa dan akhlak mereka kasar, anda mungkin mahu ‘cancel’ sahaja niat anda untuk menghantar anak anda di situ. JANGAN ambil mudah perkara seperti ini jika mahu anak anda berakhlak mulia. Jika mahu
– Tanya anak kecil yang diasuh tu, jika ada yang sudah pandai bercakap. (Tapi tanyalah bila pengasuh tiada di situ) dan perhatikan gerak badan anak itu. Selalunya anak-anak kecil bercakap benar. Kalau nampak mata anak itu seperti takut-takut, tandakan ia sebagai satu petanda yang anda perlu kaji lagi. Kemungkinan tempat itu kurang selamat adalah tinggi. Bertanyalah dengan anak-anak lain secara berasingan.
3- Pantau Berkali kali. Sekiranya anda sudah yakin itulah tempat atau orang yang anda hendak tinggalkan anak anda, maka lakukan pantauan dari semasa ke semasa. Jika pengasuh atau tempat asuhan itu bagus, mereka tidak akan kisah dan marah anda datang memeriksa kerana mereka tidak ada apa yang hendak disembunyikan.
Walaupun kita telah memilih tempat atau orang itu untuk kita tinggalkan anak kecil kita, kita masih bertanggungjawab memastikan keselamatan anak kecil kita yang masih belum tahu apa-apa. Oleh itu pantau selalu dari semasa ke semasa. Terutama jika ada perubahan pekerja dan sepertinya.
Jika mereka mengatakan jangan datang kerana tidak mahu anak anda terus menangis tidak mahu berpisah, maka anda boleh pantau dari luar atau lebih baik minta seseorang yang anak anda tidak kenal untuk datang membuat pantauan.
Ini point tambahan yang sangat penting untuk anda lakukan;
Bila ambil anak balik.
– Balik rumah, terus check seluruh badan anak anda. Peka terhadap mood anak anda. Jika ada nampak kesan lebam atau yang sepertinya; maka selidik bagaimana ianya berlaku, jika anak itu sudah boleh bercakap. Jika tidak, esoknya tanyalah kepada pengasuh itu.
-Buka mata dan lihat keadaan tempat itu. Dengarkan ‘bahasa’ yang digunakan. Adakah pengasuh masih boleh berbahasa berlembut dengan anak-anak asuhannya dan anak-anaknya sendiri? Jika tidak ini suatu yang perlu diselidik lagi.
Tak mengapa jika anda nampak cerewet. Jika pengasuh itu baik, mereka sendiri akan sangat prihatin dan ingin tahu apa sebenarnya dan mereka akan berhati-hati. Jika sebaliknya, maka anda perlu terus pantau.
Ada yang merasakan kalau sudah pilih pengasuh maka tawakal sahaja lah. Oh, ini sangat bahaya. Tawakal bukan bermaksud ‘tidak mengikat tali unta itu’. Kita tetap perlu terus berusaha memastikan keselamatan anak-anak kita. Membuat ‘checking mechanism’ itu bukan bermaksud kita tidak percaya. Itu bermaksud kita prihatin.
Kisah Benar #1
Setiap kali dia mahu menghantar ke pengasuhnya, anak kecilnya akan menangis dan tidak mahu. Dan dia akan kata “ Abang tu buat!” dalam bahasa telurnya.
Seorang ibu mengadu yang anak perempuannya, 2 tahun di dapati asyik mengesel kemaluannya ke lantai.
Mujur ibunya bertindak pantas dan berhenti menghantar dia ke pengasuh itu. Kini anak kecilnya tidak lagi menangis untuk dihantar ke pengasuh yang baru.
Apa yang terjadi semasa di pengasuh yang pertama itu, Allah sahaja yang tahu. Dalam ilmu Ibu yang sedikit ini, Ibu nampak tanda-tanda kemungkinan besar anak itu kemaluannya telah ‘disentuh’ oleh abang yang dia takut itu!
Kisah Benar #2
Dia lantas membawa ke hospital dan di dapati anak kecil 4 tahun itu telah dicabul oleh datuknya sendiri. Apa yang lagi menyedihkan adalah si nenek itu sebenarnya tahu tetapi tidak berdaya menghalang tabiat buruk suaminya yang telah lama dipunyai oleh suaminya!
Seorang datuk, ditangkap kerana didapati mencabul cucunya sendiri yang ditinggalkan untuk dijaga neneknya. Konon, setiap kali cucu itu hendak tidur, dialah yang akan membawa cucu itu tidur. Tapi rahsia apa yang dilakukannya semasa itu akhirnya terdedah bila si ibu anak itu mahu memandikan anaknya itu, mendapati kemaluan anak perempuannya itu berbau sangat kuat seolah-olah ada luka.
Perlu Bekerja
Bila anda membaca ini, kemungkinan anda merasakan bahawa takut untuk tinggalkan anak anda dengan pengasuh.
Memang kita sedih dan tersentap membaca cerita begini dan merasakan ia mungkin tidak akan terjadi kepada kita. Namun, tidak ada ruginya jika kita cerewet akan hal begini.
Itu bukan matlamat perkongsian Ibu ini. Perkongsian Ibu ini bermatlamat agar pembaca akan tahu bagaimana untuk memastikan tempat asuhan yang anda tinggalkan anak-anak anda itu yang baik dan anak-anak anda selamat.
Anda perlu bekerja. Tidak kiralah kerana apa. Namun, pucuk pangkalnya anda perlu bekerja. Pergilah kerja dengan hati yang tiada was-was kerana anda telah memilih pengasuh yang bertanggung-jawab, baik akhlaknya dan menjaga keselamatan anak-anak anda.
Berdoa
Kita boleh mengambil segala langkah ajaib, namun langkah berdoa kepada Allahlah yang paling utama. Kerana tidak bergerak sebiji zarah sekali pun kecuali dengan izin Allah.
Satu perkara yang PALING PENTING untuk anda lakukan setiap hari adalah BERDOA kepada Allah dan minta Allah jaga anak-anak anda. Minta dari Allah agar anak-anak mu dijauhi dari mereka yang tidak bertnaggung-jawab.
Allahlah yang menjaga anak-anak kita sebenarnya. Maka pohonlah daripadanya. Pohon anak-anak kita senantiasa selamat dari segala musibah dan penganiayaan Pohonlah agar hati pengasuh anak-anak kita itu ikhlas menjaga anak-anak kita. Doakan kebaikan untuk pengasuh anak-anak kita itu juga.
Hargai Pengasuh yang baik.
Layan dia atau mereka baik-baik. Mereka adalah insan yang didatangkan kepada anda untuk memudahkan anda melakukan urusan hidup anda seharian. Itu rezeki yang sangat besar dan Allah telah berpesan;
Dan sebelum Ibu mengakhiri perkongsian Ibu ini; pesanan Ibu, jika anda sudah menjumpai pengasuh yang baik, maka hargailah dia.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Ibu mendoakan agar semua yang membaca ini, dilindungi Allah segala musibah samada berbentuk perkara yang dikongsikan atau yang lain.
Semoga yang membaca ini dilimpahi rahmah dan dapat mewujudkan Syurga di rumah. Yang membawa kepada rumah di Syurga.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Ibu Rose, Pakar Keibubapaan & Kekeluargaan / Pa&Ma
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN1 year ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI9 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH9 months ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI1 year ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI1 year ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI8 months ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA9 months ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI8 months ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.