SEMASA
Hari Jadi Sendiri Tapi Belikan Hadiah Untuk Mak Ayah juga. Respek Cara Bro Firdaus Raikan Hari Jadinya sendiri

Firdaus Wong Wai Hung atau dikenali sebagai Bro Firdaus Wong yang pada asalnya merupakan penganut agama Buddha mengambil keputusan memeluk Islam walaupun tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berbuat demikian sebelum ini. Kali ini dipetik daripada page rasmi beliau, bagaimana beliau menyambut harijadinya. Bukan setakat meraikan dirinya sendiri, tetapi kali ini beliau meraikan ibu bapanya
Ikuti cerita beliau … Bagaimana saya sambut harijadi saya hari ini?
Breakfast dengan IbuBapa saya kemudian bawa mereka membeli persiapan Tahun Baru Cina dan juga membeli hadiah harijadi. Bukan beli hadiah harijadi untuk diri saya tetapi membelikan hadiah untuk mereka. Birthday saya kenapa belikan hadiah untuk mereka pula? Merekalah asbab saya dilahirkan di dunia ini dan kemudian dikurniakan hidayah memeluk Islam pada 2005.
Mereka jugalah yang mendidik dan menjaga saya. Merekalah yang lebih layak menerima hadiah pada hari lahir saya dan bukannya diri saya. Sebelum memeluk Islam, saya hanya meraikan harijadi dengan kawan-kawan sahaja tetapi setelah memeluk Islam, saya mempunyai perspektif yang lain. Yang layak meraikan adalah IbuBapa saya dan yang layak menerima hadiah adalah IbuBapa saya bukannya saya & saya sepatutnya mendahulukan IbuBapa saya pada harijadi saya.
Mereka banyak menyokong gerak kerja dakwah & kebajikan saya walaupun Belum Muslim. Saya telah mengajak mereka memeluk Islam berkali-kali dan saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati mereka, adik beradik saya serta ahli keluarga mertua saya yang Belum Muslim untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen.
*Jangan tanya umur berapa. Biarlah rahsia. InshaAllah masih muda lagi.
Sumber : majalah-harian
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.