MOTIVASI
Hilang Punca Pendapatan, Ibu Terpaksa Berpura2 Masak Batu Agar Anak-anak Tertidur

Hilang Punca Pendapatan, Ibu Terpaksa Berpura2 Masak Batu Agar Anak-anak Tertidur
Peninah Bahati Kitsao mengambil upah mencuci pakaian tetapi hilang punca pendapatan selepas Kenya menguatkuasakan perintah berkurung akibat penularan Covid-19.
Seorang ibu lapan anak terpaksa berpura-pura memasak batu untuk anak-anaknya dengan harapan mereka tertidur sementara menunggu makanan disiapkan.
Menurut Peninah, beberapa bulan lalu mereka sekeluarga yang tinggal di rumah dua bilik di Mombas tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
Bercakap kepada NTV Kenya, Peninah berkata:”Mereka mula memberitahu saya bahawa mereka sudah tahu saya berbohong, tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai apa-apa.”
Anak-anaknya sering tertidur ketika dia berpura-pura memasak makan malam untuk mereka tanpa menyedari apa yang berlaku.
Sejak itu, Peninah yang tidak tahu menulis dan membaca menerima bantuan daripada pelbagai pihak di sekitar Kenya.
Seorang jiran Peninah, Prisca Momanyi bersimpati dengan nasib menimpa keluarga itu lalu memberitahu media tempatan dan membuka bank akaun untuknya.
“Saya tidak percaya orang Kenya begitu prihatin selepas saya menerima banyak panggilan daripada mereka yang mahu membantu, ” katanya. – Metro.co.uk
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: arenagempak / Metro.co.uk
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN2 months ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 months ago
Jumpa Segulung Duit RM100 Di Stesen Minyak Dan Ramai Cuba ‘Claim’ Tapi Lelaki Bijak Berjaya Cari Pemilik Asal
-
SEMASA4 weeks ago
Dah Lama Berlubang, Batu Nisan Ni Sahaja Caranya. Tak Sampai 12 Jam Jalan Dah Dibaiki
-
PANDUAN3 months ago
Cara Mudah & Mujarab Cegah Semut, Lipas Dan Cicak Di Rumah
-
MOTIVASI2 months ago
Bila Saya Cakap Saya JuaI KAYU API, Ramai Rakan Yang Gelakkan Saya, Dia Tidak Tahu Income Aku Sehari RM600
-
PANDUAN2 months ago
Jangan Buang Pakaian Ada Tahi Lalat, Ini 5 Petua Nak Hilangkan Dengan Mudah Dan Berkesan!
-
PANDUAN3 months ago
Ramuan Berkesan Elak Ul4r Dan T1kus Masuk Rumah, Gaul Garam Kasar Dengan 3 Bahan Ini
-
MOTIVASI3 months ago
(VIDEO) Warga Emas Cipta Dapur Guna Air, Tanpa Guna Gas & Kerosene