Connect with us

MOTIVASI

Ibu Tunggal Yang Hebat ‘Tak Sibuk Cari Peganti’ Hingga Genggam Master Di UK “Demi Tuntut Ilmu”

Published

on

Ibu Tunggal Yang Hebat ‘Tak Sibuk Cari Peganti’ Hingga Genggam Master Di UK “Demi Tuntut Ilmu”

Menurut Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, penat lelah dan pengorbanan sejak 2018 menjadi berbaloi apabila dia menggenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak.

Selepas menunggu dua tahun, selebriti media sosial Farah Lee akhirnya dapat meraikan hari konvokesyen pada sebuah majlis graduasi di University of Leeds, United Kingdom pada Selasa lalu.

Ibu

Wanita berusia 30 tahun itu mengakui, kejayaan tersebut bukan satu perjalanan yang mudah untuk dilalui bersama anak perempuannya Maream Esabel apatah lagi menjalani kehidupan di negara asing.

Baca lagi di :  “Maaf bukan nak menyusahkan, cuma nak minta rm3 utk isi minyak” Pakcik Tunggang Motosikal Dari Kual Kangsar Ke KL Undang Sebak

Terima kasih anakku

  • “Alhamdulillah Maryam, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan kamu sejak hari pertama kita berada di sini. Ketika itu, kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka menolong dan tabah.

Ibu

Sepatutnya konvo 2020, tapi akibat Covid-19

  • “Dunia baru, wajah baru, kehidupan baru. Kenangan, keringat, air mata, kesakitan, senyuman, tawa dan kasih sayang, semuanya membuatkan ia menjadi hari terindah!,” katanya yang mesra dipanggil Omma.
  • “Pada 11.09.2018, seorang ibu tunggal bersama anaknya yang baru berusia empat tahun melangkah keluar dari kapal terbang di tempat asing, meninggalkan semua orang yang mereka kenali, gaya hidup selesa; demi ilmu.

Selain itu, dia yang juga pemilik butik Omma & Esabel membuat dedikasi istimewa buat Maream yang sentiasa sabar dan menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga menamatkan pengajian.

Ibu

Bekas isteri kepada pengacara dan personaliti televisyen Ally Iskandar itu berkongsi kegembiraan tersebut dengan memuat naik beberapa posting di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurnaiakan Maream yang kini berusia lapan tahun.

  • “Saya tahu, ia bukan perkara mudah bagi kamu. Kamu sangat gembira dan menunggu hari graduasi saya. “Omma, hari ini hari awak” dan kejayaan ini adalah untuk kamu Maream,” ujarnya.
    Batik yang sama ketika ‘degree’ di Korea Selatan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Oh My Media / Media Bumi

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.