SEMASA
Ikan Gergasi Berwarna Oren Seberat 45kg Ditemui Terdampar Di Pantai
Ikan Gergasi Berwarna Oren Seberat 45kg Ditemui Terdampar Di Pantai
Penemuan ikan tersebut menarik perhatian ramai kerana badannya yang unik dan amat jarang dilihat. Walaubagaimanapun, tidak lama kemudian, spesis ikan gergasi itu berjaya dikenalpasti sebagai ikan Opah atau ‘moonfish’ oleh kakitangan Seaside Aquarium yang terlebih dahulu mendapat panggilan mengenai penemuan tersebut.
Orang ramai dikejutkan dengan penemuan seekor ikan bersaiz gergasi berwarna oren yang ditemui terdampar di sebuah pantai di utara Oregon, Amerika Syarikat (AS).
Menurut Tiffany Boothe selaku Penolong Pengurus Seaside Aquarium, ikan Opah yang seberat 45 kilogram (kg) dan berukuran kira-kira satu meter panjang itu merupakan penemuan pertama seumpamanya di kawasan pantai itu.
Ikan Opah tersebut dianggarkan seberat 45kg dan sepanjang 1 meter
Penemuan ikan itu kemudian dihebahkan oleh Seaside Aquarium melalui hantaran di media sosial.
Tambah Boothe lagi, mereka tidak dapat memastikan bagaimana ikan itu mati namun menyatakan sebelum ini ikan itu berada dalam yang keadaan baik.
Menurut ahli biologi dari Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Perikanan, pakar percaya perubahan iklim mungkin menjadi salah satu faktor penemuan ikan Opah gergasi itu di pantai berkenaan.
Selain itu, ikan Opah itu juga akan dibekukan sehingga akhir tahun dan pelajar yang terpilih akan berpeluang untuk membedah dan mengkaji ikan tersebut.
Tambahnya lagi, spesies ikan Opah atau ‘moonfish’ itu biasanya ditemukan di perairan tropika dan sub-tropika.
Antara fakta unik mengenai ikan Opah atau ‘moonfish’ ini ialah ia merupakan ikan berdarah panas pertama di dunia dan suhu badannya sentiasa lebih tinggi daripada persekitarannya.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Seaside Aquarium / sajagempak
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.