AGAMA
Indah Khabar Daripada Rupanya, Jual Beli ‘OnIine’ Har4m Dan Berd0sa Jika…..
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, boleh dikatakan platform dalam talian kian popular sebagai ‘destinasi’ untuk membeli-belah.
Masakan tidak, cara itu lebih mudah berbanding keluar rumah untuk membeli barang keperluan, barang basah dan sebagainya.
Sudahlah kena menunggu giliran dan perlu beratur panjang, ditambah pula barang yang hendak dicari langsung tak nampak ‘bayang’.
Bagi mengelakkan situasi itu, maka tugas membeli-belah diserahkan kepada jari jari kita untuk membuat pilihan barangan yang diingini. Tahu-tahu saja, barang sudah sampai depan pintu rumah!
Benar, hampir semua proses itu dilakukan menerusi maya. Bagaimanapun, ketahuilah bahawa Islam menyediakan garis panduan yang lengkap dan berstruktur supaya tiada pihak yang tertipu atau tertindas.
Apakah panduan jual beli yang disyariatkan?
ALLAH menghalalkan jual beli kerana perniagaan merupakan sumber rezeki paling banyak.
Islam menetapkan syarat dalam berjual beli iaitu mesti ada pembeli, penjual, barang niaga dan lafaz ijab serta kabul.
Ijab merupakan lafaz yang menunjukkan barang itu diserahkan secara nyata. Kabul pula proses menerima barang yang dilihat dengan jelas.
Majoriti ulama Mazhab Syafie menyarankan agar barang yang hendak dijual beli itu mestilah dilihat dahulu dengan mata kasar, bukan melalui skrin dan sebagainya. Ia sebagai (langkah) ihtiyat iaitu berhati-hati supaya tiada unsur penipuan.
Dalam erti kata lain, katanya, penjual tidak boleh mengiklankan atau mempromosikan barang lain, namun yang sampai di tangan pembeli pula berlainan daripada yang digambarkan. Itu dipanggil penipuan. Rezeki diperoleh juga tidak berkat.
Meskipun tiada ijab dan kabul yang jelas dalam jual beli online, agamawan itu berkata, ia dibolehkan. Ini kerana, segala bentuk jual beli dengan menggunakan telefon pintar dianggap sebagai wasilah atau medium yang digunakan pada hari ini.
Tiada masalah kerana ia melibatkan kemajuan teknologi. Akan tetapi, hukum syarak tetap dijaga antaranya tidak gharar (sesuatu yang tidak jelas).
Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW pernah pada suatu hari melewati seseorang yang menjual buah-buahan di pasar. Baginda melihat buah-buahan yang bagus dan baik di atas. Apabila baginda memasukkan tangannya ke bawah, terasa buah-buahan yang tidak elok.
Lalu Rasulullah bersabda:
‘Siapa yang menipu kami, maka dia bukan dalam kalangan kami.’
Tahu hukum niaga
Peniaga perlu mengetahui hukum jual beli dalam Islam.
Kalau tak pandai masak, jangan berniaga berkaitan juadah makanan. Bila kita beli makanan dan ia tidak sedap, orang akan marah. Bila dia bayar, hukum peniaga yang menerima duit tersebut adalah berdosa. Ia (dikira) menipu.
Pesannya, buat jualan yang melibatkan timbangan, kuantiti barang yang sengaja dikurangkan juga boleh mengundang dosa. Jangan ambil kesempatan termasuklah menaikkan harga.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, ada seorang lelaki mengadu kepada Nabi Muhammad SAW kerana dia sering ditipu dalam hal jual beli. Maka baginda SAW bersabda:
“Jika engkau melakukan jual beli, maka katakanlah, ‘Jangan ada tipu-menipu’.” (Riwayat al-Bukhari)
Bagi yang menawarkan perkhidmatan, perlu diingatkan agar tidak mengurangkan kecekapan masing-masing. Hukumnya juga berdosa seolah-olah menipu.
Jangan ambil kesempatan dalam keadaan kita yang sedang menghadapi kesukaran ketika (wabak C19) ini. Itu namanya menzalimi pengguna.
Ketahuilah bahawa peniaga yang jujur antara golongan yang mendapat rahmat ALLAH. Berniaga juga menjadi satu ibadah jika jujur. Jika tidak, bukan sahaja dimurkai ALLAH, mereka tidak dapat naungan-NYA di padang mahsyar kelak.
Agamawan turut menasihatkan peniaga agar jangan sesekali menipu. Pendapatan diperoleh juga akan menjadi haram.
Sumber: sinarplus
-
PANDUAN2 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.