SEMASA
Lelaki Raih Lebih RM900 Sehari Dengan Jadi Tukang Beratur Untuk Pelanggan

Lelaki Raih Lebih RM900 Sehari Dengan Jadi Tukang Beratur Untuk Pelanggan
Lelaki berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Freddie Beckitt ini meraih pendapatan sambilan sekitar 160 pound (RM903) sehari dengan menjalankan pekerjaan sebagai tukang beratur. Apa yang dilakukannya adalah beratur untuk pelanggannya yang majoriti terdiri daripada golongan kaya atau berduit dan yang malas menunggu ketika shopping dan sebagainya.
Pada zaman sekarang, bermacam-macam jenis kerja yang kita boleh lakukan demi mencari pendapatan. Kadangkala, kerja yang ramai orang tidak pernah terfikirkan juga boleh menjadi sumber pendapatan seperti kerja yang dilakukan oleh lelaki ini.
Menurut Freddie yang merupakan penulis fiksyen dari Fulham, dia mampu mampu meraih 20 pound (RM112) sejam dan dia sanggup beratur untuk jangka masa lebih lama agar boleh mendapat lebih banyak upah atau wang.
“Saya pernah beratur sampai lapan jam untuk beli tiket pertunjukan V&A Christian Dior. Masa sebenar hanyalah tiga jam, tapi pelanggan minta saya mengambil tiket dan tunggu mereka tiba di acara itu. Saya tidak kisah, janji dibayar 20 pound sejam.”
“Saya sanggup beratur panjang janji ada yang sudi membayar saya untuk melakukan tugas itu. Saya mengiklankan perkhidmatan saya dalam (aplikasi) Taskrabbit yang menawarkan pelbagai tawaran pekerjaan pelik dan pelanggan tinggal pilih perkhidmatan yang diinginkan”
Tambah Freddie lagi, kebanyakkan daripada pelanggan yang menggunakan khidmatnya adalah merupakan golongan atasan yang malas atau tiada masa untuk beratur dan tidak sabar menunggu, terutama sekali bagi mendapatkan tiket atau pass masuk untuk sebarang acara popular yang diadakan.
Freddie juga berharap boleh beratur dengan lebih lama agar pekerjaan itu boleh menjadi sumber pendapatannya sepenuh masa.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Oddity Central / Berita Tempatan
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.