Connect with us

PANDUAN

Sangat Rugi Lah Seorang Anak Perempuan Jika Tidak Mandikan Jenazah Bapa, Inilah Bakti Terakhir Kita

Published

on

Sangat Rugi Lah Seorang Anak Perempuan Jika Tidak Mandikan Jenazah Bapa, Inilah Bakti Terakhir Kita

Saat menerima berita kemati4n melibatkan ahli keluarga terutama mak atau ayah yang melahir dan membesarkan kita, perasaan sedih pasti tidak dapat dibendung. Rasa kehilang4n itu hanya mereka yang pernah teruji sahaja mampu berk0ngsi cerita.

Namun di sebalik kesedih4n yang kita rasai itu, ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang terutama dalam bab memandikan jenaz4h ibu atau bapa. Ramai di antara kita hanya menyerahkan urusan memandikan jenaz4h kepada pengurus jenaz4h kerana beranggapan mereka lebih faham dan sudah menjadi tugas mereka.

Masa yang sama, pasti timbul di fikiran kita bolehkah anak perempuan memandikan jenaz4h ayahnya atau anak lelaki memandikan jenazah ibunya sebagaimana yang bermain di fikiran ramai anak muda. Bagaimana dengan aurat dengan arwah, bolehkah kita sebagai anak memandikan jenazah berlainan jantina?

Anak-anak diharuskan bersama-sama membantu pengurus jenazah dalam memandikan jenazah ibu bapa kerana itu bakti akhir. – Ustaz Hamdan

REMAJA menemuramah Pengurus Jenazah Masjid Ikhlasiah, Bukit C2 Pantai Dalam, Kuala Lumpur Ustaz Hamdan Haji Yusof yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan jenazah.

Boleh ke anak perempuan mandikan jenazah ayahnya? Menurut Ustaz Hamdan, tiada masalah untuk anak perempuan memandikan jenazah ayahnya kerana itulah bakti akhir seorang anak terhadap ayah yang menjaganya dari lahir hingga besar. Masa yang sama, ayah dan ibu adalah muhrim kepada anak-anaknya. Dalam Islam digalakkan untuk membantu menguruskan jenazah ibu dan ayahnya sendiri berbanding dilakukan orang luar dari ahli keluarga itu sendiri.

Hal ini diharuskan kerana adalah lebih afdal anak-anak memandikan jenazah ibu atau bapa mereka. Masa yang sama anak-anak boleh menyimpan rahsia pada arw4h andai ada kerana sebagai anak, tak mungkin kita membuka aib orang yang menjaga dan membesarkan kita, katanya lagi.

Bagaimana dengan aurat? Menurut Ustaz Hamdan, dalam pengurusan memandikan jenaz4h, aib sentiasa dijaga kerana ia dituntut.

Ada kain yang menutupi bahagian kemaluan jenazah ayah atau ibu kita. Peranan kita sebagai anak hanyalah membantu pengurus jenaz4h seperti menggosok tubuh, lengan, kaki dan sebagainya. Tapi dalam bahagian istinjak, biasanya dilakukan oleh pengurus jenazah itu sendiri. Rugi sebenarnya kalau kita sebagai anak membiarkan orang lain melakukan itu semua kerana itulah bakti akhir kita kepada orang yang melahir dan membesarkan kita di dunia ini.

Ramai anak-anak perempuan beranggapan mereka tidak boleh memandikan jenaz4h bapa kerana soal aurat sedangkan dalam pengurusan jenaz4h, aurat di m4ti begitu dijaga.

Berdasarkan pengalaman, anak lelaki atau anak perempuan yang selalu memandikan jenaz4h berlainan jantina ini? Jelas Ustaz Hamdan, sepanjang penglibatannya dalam bab pengurusan jenaz4h, dirinya melihat lebih ramai anak lelaki menguruskan jenaz4h ibu mereka berbanding anak perempuan melakukannya kepada arwah bapa. Mungkin anak-anak perempuan lebih takut dan tidak ada keberanian memandikan jenaz4h. Mungkin juga terfikir tentang aurat dan sebagainya.

Kita kena ambil peluang ini kerana rugi sebenarnya jika tak berbuat demikian. Tidak timbul soal aurat kerana sebagai pengurus jenaz4h pun saya sendiri tidak melihat aurat si m4ti. Kita ada kain menutup jenazah kerana walau si m4ti sudah meninggal dunia, aibnya masih perlu kita pelihara baik-baik. Saya sarankan anak-anak muda bersama-samalah kita memberi bakti akhir pada ibu bapa kerana peluang ini hanya hadir seumur hidup sahaja,katanya memaklumkan, suami atau isteri juga diharuskan bersama-sama memandikan jenaz4h pasangan masing-masing kerana ianya lebih afdal.

Bila ahli keluarga sendiri yang terlibat, kita boleh tutup aib jenaz4h kalau ada. Tapi itu juga bakti akhir kita untuk orang yang kita sayang semasa di dunia ini, katanya yang mengajak anak-anak belajar ilmu pengurusan jenaz4h ini kerana ia bukan saja berguna untuk ahli keluarga tetapi juga kepada masyarakat suatu hari kelak.

Sumber: Lakarmedia

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.