Connect with us

MOTIVASI

Jumpa RM150 Ribu Dalam Almari, Apa Yang Dilakukan Oleh Pekerja Syarikat Pindahkan Barang Ini Buat Ramai Tergamam

Published

on

Jumpa RM150 Ribu Dalam Almari, Apa Yang Dilakukan Oleh Pekerja Syarikat Pindahkan Barang Ini Buat Ramai Tergamam

Netizen menyarankan bahawa pekerja yang jujur ini supaya dinaikkan pangkat selepas beliau mengembalikan wang S$50,000 (RM151,300) yang ditemui di dalam almari kepada pemiliknya.

Jika Anda berada ditempat pekerja yang jujur ini, apa yang anda akan lakukan? Terjumpa RM150 Ribu Dalam Almari, Namun Tindakan Pekerja Syarikat Pindahkan Barang Ini Buat Ramai Tercengang

Pekerja yang jujur tersebut, Jake merupakan pekerja syarikat Prestige – Moving Services, yang menyediakan servis pemindahan barang di Singapura.

Anda tidak akan pernah tahu jika anda secara tidak sengaja boleh meninggalkan sesuatu yang sangat sentimental atau berharga.

Kejujuran adalah sifat yang paling penting untuk dimiliki oleh pekerja dalam sektor pekerjaan tersebut kerana mereka sering memindahkan perabot dan barang berharga dan ternyata Jake memenuhi kriteria tersebut.

Jadi pemilik wang tersebut sangat bersyukur apabila Jake kembalikan sejumlah besar wang tunai yang tidak sengaja ditinggalkan di dalam almari.

“Jake, ketika melakukan pemindahan di salah satu premis pelanggan kami, menemui sejumlah wang tunai S$50,000 yang dibungkus dalam beg plastik di dalam kabinet.”

“Ini adalah Encik Jake. Salah seorang pekerja terbaik kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana kejujurannya yang mungkin orang lain tidak akan lakukannya dan jujur adalah sangat penting dalam industri kami di mana pelanggan memberi kepercayaan kepada kami bahawa perabot dan barang-barang mereka selamat berada di tangan kami.

“Wang ini secara tidak sengaja ditinggalkan oleh pelanggan kami. Jake, membuat langkah terbaik dan keputusan untuk memulangkan keseluruhan wang tersebut kepada pelanggan.

Netizen mencadangkan supaya gaji beliau dinaikkan atau beliau dinaikkan pangkat sebagai penghargaan di atas kejujurannya.

“Sekali lagi, terima kasih Jake atas kejujuran anda dan kami harap anda akan bersama kami selama bertahun-tahun lagi,” kata Prestige Moving Services dalam satu perkongsian di Facebook.

Walaupun bertatu membawa persepsi yang buruk terhadap ramai orang, Jake membuktikan bahawa penampilan luaran tidak melambangkan hati budi seseorang.

Sumber: imuslimnetwork

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.