K3nang J4sa M3reka M3mbesarkan 7 b3radik, 3yra H4zali B3ri h4diah k3reta K3pada 1bu b4panya

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tak dinafikan lagi ibu bapa adalah insan yang sentiasa sanggup berkorban apa sahaja demi kebaikan cahaya mata tersayang.

Nyawa, masa, tenaga dan wang… Semua itu tidak ternilai lagi saat dapat melihat anak tercinta membesar dengan sebaiknya. Bahkan ada yang sanggup berlapar asalkan anak mereka cukup makan dan dipenuhi segala keperluan.

Oleh itu, setiap anak dituntut untuk membahagiakan kedua ibu bapa selagi mereka masih bernafas di dunia ini.

Hargai pengorbanan ibu bapa

Tidak lupa akan pengorbanan kedua ibu bapanya, pelakon Eyra Hazali menghadiahkan sebuah kereta pacuan empat roda sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh wanita berusia 22 tahun itu menerusi laman sosial Instagram miliknya.

“Selalu tertanya2 bila lah dapat belikan mummy dan ayah kereta yang lebih selesa. Siapa sangka, rezeki melimpah ruah pada awal tahun, Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat ‘parents’.

“Hadiah ini tak sebesar jasa mummy dan ayah besarkan kami 7 beradik, selagi ada kudrat, Eyra buat apa sahaja untuk senangkan ‘mummy’ dan ayah,” luahnya di ruangan kapsyen.

Menurut pemilik nama Hazirah Qasdina itu, dia berkata hadiah kereta Proton X70 itu sebagai tanda terima kasih setelah membesarkan dia dan adik-beradik lain.

Selain itu, bintang drama Mr. Grey itu, dia menyampaikan rasa syukur apabila berjaya membelikan ibu bapanya, Hazali Ramli dan Qhuzie mohd Johari sebuah kereta yang lebih selesa.

Tahniah! Makin murah rezeki lepas ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah serta mendoakan rezekinya dimurahkan lagi setelah membahagiakan ibu bapa.

Terdahulu, Eyra mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol Johor Darul Ta’zim Muhammad Haziq Nazli pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020.

Sumber: Instagram Eyra Hazali

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah

 

Leave a Comment

error: Content is protected !!