Connect with us

PANDUAN

Jika Kacang Botor Yang Ditanam Tak Mahu Berbuah Cuma Lebat Daun, Kena Ikut Petua Ini

Published

on

Jika Kacang Botor Yang Ditanam Tak Mahu Berbuah Cuma Lebat Daun, Kena Ikut Petua Ini

Kalau hadapi masalah yang sama boleh ikut tip penjagaan yang dikongsi oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan juga Hashimah Mohamad Shariff untuk pastikan pokok subur elok dan kacang botor berbuah lebat. Insya-Allah akan berbuah lebat macam ini;

Jika betul penjagaannya minggu ke 10-12 dari dari hari semai sudah pun boleh menikmati ulam kacang botor ini. Tapi satu masalah yang selalu dihadapi bila menanam sayur ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah atau dipanggil mabuk daun.

Kacang botor atau kacang kelisa ini antara tanaman yang selalu kita tanam di rumah. Ia jenis tanaman angka masa pendek untuk dapatkan hasil.

Kacang Botor

1. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.

2. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang. Anak pokok perlukan air yang banyak untuk membesar.

3. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.

4. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok untuk dapatkan zat makanan, cahaya dan air.

5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Insya-Allah pokok akan mula berbuah lebat.

6. Biasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia & Hashimah Mohamad Shariff

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.