Connect with us

MOTIVASI

(VIDEO) Kakak N4ngis Tak KeIuar Suara, Rindu Adik Dalam Kvbur – “Nak Adik Jugak…”

Published

on

Namun siapa sangka, paling terkesan adalah puteri sulungnya yang sebelum ini cukup teruja malah rajin bercakap dengan baby Mohamad Affan sejak dalam rahim lagi.

Namun siapa sangka, paling terkesan adalah puteri sulungnya yang sebelum ini cukup teruja malah rajin bercakap dengan baby Mohamad Affan sejak dalam rahim lagi.

Terdahulu, kisah seorang ibu bernama Murni Nasuha ini pernah viral mandikan jasad anak keduanya yang dijemput Ilahi susulan menghidap pelbagai komplikasi jantung.

Bukan setakat menyentuh tanah kubur seperti sedang membelai bayi berkenaan, mulutnya juga tidak lekang bertanya mengapa tidak boleh bawa balik adik ke rumah.

Lihat VIDEO.

Baru-baru ini, keluarga kecil Murni berkesempatan ziarah pusara anak syurga tersebut bersempena genap sebulan pemergiannya. Menerusi perkongsian video di TikTok, si kakak bernama Afra Eryna dikatakan paling tidak sabar pergi ke sana.

Lihat VIDEO 1, VIDEO2

Selesai ziarah kubur, Afra Eryna juga merajuk tidak mahu pulang tanpa adiknya. Paling menyayat hati, si cilik tersebut tiba-tiba mengalirkan air mata namun tanpa suara susulan teramat merindui baby Affan.

Justeru itu, Murni berharap agar satu hari nanti puterinya betul-betul faham mengapa adiknya memang tidak boleh kembali semula dalam pangkuan mereka sekeluarga.

Selain mendoakan agar sentiasa tabah, mereka turut berharap agar keluarga tersebut diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata seterusnya.

Ruang komen nyata dibanjiri reaksi pilu dan sebak netizen susulan mengenangkan perasaan rindu si kakak terhadap adik kesayangannya.

Sumber : malaysiatime

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.