SEMASA
Raja M4fia Masuk Islam Selepas Dapat Tahu J3sus Turut Dimuliakan Di Dalam Islam
Penghijrahan Vince Focarelli, seorang bekas ketua m4fia ‘Comanchero’ yang berpengaruh di selatan Australia pernah menjadi viral di media sosial sebelum ini. Namun,
tidak ramai yang tahu bagaimana kisah disebalik Vince yang lahir dalam keluarga yang beragama Kristian (Katolik) mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.
Pada awalnya, Vince yang berbadan sasa ini hanyalah seorang Muslim pada nama dan bukan pada penghayatannya.
Menurut Senator Menteri Agama (Mufti Wilayah Persekutuan – ketika itu), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Bayan Linnas siri ke-93,
hidayah itu timbul apabila Vince selalu meluangkan masa bersama ahli-ahli kumpulannya yang mana sebahagian mereka beragama Islam.
Perbincangan mengenai Nabi Isa (Jesus) menarik minat Vince sehingga apabila diceritakan mengikut kaca mata Islam, dia kemudian mengaitkannya dengan,
kefahaman agamanya (Kristian) ketika itu. Apa yang menarik minatnya terhadap agama itu adalah apabila mengetahui Jesus turut dimuliakan dalam Islam.
Banyak persoalan sering menghantui dirinya sehinggalah hidayah itu muncul dan Vince sendiri mengucapkan dua kalimah syahadah.
Walaupun Vince telah memeluk Islam, namun dia tetap meneruskan aktiviti bersama kumpulannya.
“Makin lama berbincang, saya semakin ingin tahu. Saya jadi seperti budak kecil yang menonton televisyen, tidak beralih langsung (daripada perbincangan).
“Saya sangat kagum dan mula yakin Islam adalah agama yang sebenarnya,” katanya.
Kumpulan-kumpulan gɛngster lain sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan antara satu sama lain dan terdapat enam percubaan untuk mɛmbun0h Vince termasuk satu percubaan b0nuh menggunakan b0m.
Malah, salah satu siri percubaan membunvh itu telah mɛragut ny@wa anak lelakinya, Giovanni.
“Giovanni (anak tiri) ditɛmbak dan saya tarik dia masuk ke kereta. Ketika itu, saya ditɛmbak empat kali. Saya pandu kereta selaju yang boleh.
“D4rah keluar dari mulutnya. Apabila saya nampak mulutnya mula berbuih, saya ucapkan syahadah dan minta Allah menerima syahadah itu bagi pihaknya. Sebab dia tak boleh sebut, dan dia tak sebut.
“Saya kemudian dicampak ke pɛnjara. Perkara paling sukar adalah hanya mampu melihat jenazah anak saya di televisyen. Segalanya kaku.
“Saya melihat pengkebumian dari dalam penjara, tak mampu sertainya,” katanya sambil menyifatkan anak tirinya itu sebagai seorang yang sangat menghormati ibunya.
Masuk Pɛnjara & Keluar Menjadi Muslim Yang Baik –
Vince pernah dipɛnjarakan dan ditempatkan secara bersendirian dalam sel t4hanan, dan satu permintaannya adalah menjadikan al-Quran sebagai teman.
Di sinilah Vince membaca al-Quran dari mula sehingga berjaya mengkhatamkannya walaupun dia sendiri tidak mengetahui isi kandungannya.
Dengan kebesaran Allah, sejurus mengkhatamkan bacaan al-Quran, Vince didatangi seorang warden penjara untuk memberitahu dirinya telah bebas.
Hari itu ternyata bermakna buat Vince yang mengakhiri kehidupannya di sebalik tirai besi selama 14 bulan di atas kesalahan d4dah dan sɛnjata api.
Perkara pertama yang dilakukannya apabila dibebaskan dari penj4ra adalah pergi bersolat di masjid, selain meninggalkan kumpulannya bersama segala aktiviti lampau.
Vince memulakan kehidupan baharu dengan membuka sebuah restoran di Australia yang menyediakan makanan halal dan turut memberi sumbangan kepada golongan gelandangan selain melakukan amal jariah lain.
Bagaimanapun, Vince berhijrah ke Malaysia pada awal 2017 untuk mengelak risiko diusir ke negara asalnya (Itali), oleh kerajaan Australia.
Namun ia tidak mematahkan semangatnya dalam berdakwah bagi mengajak manusia lain untuk mengenal Islam.
Kisah perubahan dirinya yang menjadi tular satu masa dahulu banyak dijadikan sebagai motivasi untuk melakukan perubahan dalam kehidupan bahkan membuka mata ramai pihak mengenai bagaimana Islam mampu mengubah kehidupan seseorang.
Vince memilih Abdul Salam sebagai nama Islamnya yang mana ‘Salam‘ itu membawa maksud selamat sejahtera.
Ditanya mengapa memilih nama Abdul Salam, Vince berkata: “Dahulu aku banyak membuat huru-hara, kini aku seorang muslim, hamba Allah SWT. Aku tidak akan membuat huru-hara lagi.”
– Benarlah hidayah itu milik Allah. Allah boleh bagi pada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Allah yang Maha membalik-balikan hati manusia.
Sumber : portalislamik
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.