Connect with us

SEMASA

Dahulu Hanya jadi ‘tour guide’ keliling dunia, Kini ‘Abang Sado’ tidak segan kerja Hanya tukang cuci

Published

on

Bagi ramai orang, bekerja sebagai seorang ‘cleaner’ mungkin dianggap satu kerja yang mudah.

Realitinya, tugas sebagai ‘cleaner’ adalah sangat memenatkan dan memerlukan banyak tenaga lebih-lebih lagi jika bertugas di tempat awam seperti ‘shopping mall’, sekolah atau universiti.

Badan ‘sado’ tapi kerja cleaner?

Begitulah seperti yang diceritakan oleh seorang lelaki dikenali sebagai @razijamit ini yang merupakan seorang ‘cleaner’ atau tukang cuci tapi penampilannya menjadi tumpuan di Tik Tok kerana berbadan ‘sado’.

Sebelum pandemik Covid-19 pernah jadi ‘tour guide’

Siapa sangka di sebalik wajah tampan dan badan sado itu tersembunyi satu kisah sedih tentang kehidupannya… Menurutnya, sebelum ini dia bekerja sebagai seorang ‘tour guide’ dan telah menjejaki ke beberapa buah negara lain.

Tak dinafikan lagi memang seronok jadi ‘tour guide’ apatah lagi dapat keliling dunia melihat keindahan negeri orang.

Namun apakan daya sebaik sahaja dunia dilanda pandemik Covid-19, dia sudah tidak boleh menjalankan kerjayanya seperti biasa dek kerana penutupan sempadan negara dan sebagainya.

Justeru itu dia terpaksa berehat dari dunia ‘pelancongan’ dan mencari rezeki dengan cara menjadi seorang tukang cuci di kawasan perkilangan sekitar Johor.

Dalam pada itu, lelaki itu turut berkongsi cabaran yang dihadapinya sejak mula bertukar bidang sehingga kini, antaranya dari segi tanggapan orang lain terhadap kerjanya itu.

“Tak malu ke kerja ‘cleaner’? Apa guna belajar tinggi akhirnya jadi ‘cleaner’? Cukup ke gaji ‘cleaner’? Kesian sekarang kerja ‘cleaner’,” kongsinya tentang tohmahan pernah diterima daripada orang ramai.

Biarpun sering berdepan dengan pandangan negatif masyarakat, Razi akur dengan ujian tersebut dan tetap bersyukur menjadi tukang cuci.

Baginya, sudah tentut terselit hikmah disebaliknya dan tidak perlu malu pun asalkan ia datang daripada sumber halal.

Rezeki ada di mana2 sahaja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat lelaki terbabit. Di samping itu, mereka turut meluahkan rasa kagum terhadap empunya diri yang sanggup melakukan kerja ‘mulia’ itu.

Respect! Jangan pedulikan kata orang

Hidup mesti diteruskan

Rezeki milik Allah

Tak kisah kerja apa janji halal

Rezeki itu milik Allah.. Selagi kita sentiasa reda akan ketentuannya dan berusaha mencari rezeki halal sebaiknya, Dia pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik.. Lambat atau cepat.

Sumber: TikTok @razijamit

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.