PANDUAN
Ekzem4 Kr0nik, 6 Bulan ‘St0p’ Ster0id, Izin Allah Sembvh! Bapa Kongsi R4watan Anaknya

Ekzem4 Kr0nik, 6 Bulan ‘St0p’ Ster0id, Izin Allah Sembvh! Bapa Kongsi R4watan Anaknya
Tompok-tompok merah ni bukan hanya pada bahagian muka, ada juga anak mengalaminya di siku, kaki, belakang lutut dan beberapa anggota badan.
Kulit merah berair, jika cuaca panas anak mula menggaru. Bukan itu je, waktu tidur malam anak pun tak lena sebab gatal dan asyik merengek.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang bapa, Mohd Yazid Ismail, kisah anak lelakinya yang mengalami ekzema kronik dan sekarang dah bebas boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa lain.
Bila bawa jumpa doktor, ini adalah tanda ekzema dan perlu dirawat agar keadaan lebih terkawal dan tak menganggu perkembangan anak.
Jangan bergantung pada ubat steroid
Ubat steroid jangan guna lama-lama. Pakai seminggu dua minggu je. Untuk jangka masa panjang ia akan beri kesan yang buruk.
Macam tu juga kami dulu-dulu, sebab dah tak tahan sedih tengok anak menderita, kami guna ubat steroid yang doktor bagi. Tapi eczema reda sekejap je, lepas tu naik makin teruk. Kemudian tukar ubat steroid lain yang makin tinggi dos. Kesan buruknya kulit Saeed makin nipis dan eczema bertambah parah.
Tapi ramai guna dalam jangka masa yang lama. Malah ada orang pakai sampai bertahun-tahun. Kebanyakan ubat yang diberikan oleh hospital dan klinik setiap kali rawatan eczema adalah ubat steroid, sebab tu ramai guna sampai bertahun-tahun. Ubat bersambung setiap kali ke klinik.
Nak sembuh eczema kena rawat dari dalam, kena guna makanan sebagai ubat. Ilmu pemakanan memang kena belajar betul-betul. Ubat sapuan hanyalah untuk mengawal luaran sahaja.
Rupanya steroid sekadar mengawal simptom ia tak menyembuhkan.
Tukar pada produk natural
Bila tengok keadaan makin tak elok, kami insaf tak nak guna ubat steroid dah. Cari product natural sahaja untuk mengawal eczema Saeed.
Sanggup pergi jauh dari Nilai ke Rawang sebab nak beli product natural dari orang kat sana. Harga memang mahal berbanding ubat steroid. Tapi dah bertekad nak berusaha dengan bahan natural dan dengan ilmu pemakanan.
Selepas 6 bulan tinggalkan steroid, izin Allah sembuh
Alhamdulillah selepas 6 bulan tinggalkan steroid, eczema Saeed sembuh. Saeed diuji dengan eczema sejak umur 2 bulan dan sembuh ketika umur 16 bulan.
Pengalaman susah nak dapatkan ubat natural tu memang kami akan ingat sampai bila-bila. Kami rasa perlu ada usaha untuk memudahkan orang ramai mendapatkan product natural. Alhamdulillah sekarang mama Saeed, Widyana Ali bersama kawan-kawannya ada mengeluarkan natural product Honey & Olive Baby (HOB) untuk bantu masalah pengidap eczema.
Walaupun ramai cakap eczema susah nak sembuh dan makan masa hingga anak masuk sekolah baru sembuh, tapi Saeed sembuh sebelum umur 2 tahun alhamdulillah. Eczema Saeed bukan jenis mild, tapi jenis yang teruk.
Keadaan Saeed sekarang yang dah bebas ekzema dan membesar dengan sihat
Boleh tengok di FB Widyana Ali untuk tahu tentang pengalaman menyembuhkan anak eczema. Semoga usaha yang dibuat oleh Widyana dapat membantu ramai orang.
Widyana juga banyak share di Facebook menu makanan yang diberikan kepada Saeed.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Mohd Yazid Ismail & Widyana Ali / majalahpama
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN1 year ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI9 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH9 months ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI1 year ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI1 year ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI8 months ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA9 months ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI8 months ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.