Connect with us

MOTIVASI

Kucing Letak Anak Baru Lahir Sebelah Bayi, “Nak Tunjuk Dia Pun Ada Baby..”

Published

on

Kucing Letak Anak Baru Lahir Sebelah Bayi, “Nak Tunjuk Dia Pun Ada Baby..”

Gelagatnya yang membawa anaknya itu turut mencuit hati netizen apabila dia seakan-akan ingin mengumpulkan anaknya di situ. Malah video itu juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut terhibur melihatnya.

Selalunya kucing yang baru sahaja beranak pasti akan menyembunyikan anak mereka kerana bimbang ada yang akan membawanya lari. Tetapi berbeza pula dengan gelagat seekor kucing ini yang siap meletakkan anaknya yang baru lahir di sebelah bayi yang sedang nyenyak tidur.

Menurut pemiliknya, kucing itu baru sahaja melahirkan anaknya baru-baru ini berhampiran dengan kawasan bayi itu berada. Beberapa hari kemudian, kucing itu mula mengangkut satu persatu anaknya untuk dibawa tinggal bersama bayi itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu dilihat sedang membawa anaknya yang masih kecil untuk diletakkan di sebelah bayi itu. Turut dapat dilihat, bayi yang masih kecil sedang nyenyak tidur di situ sambil diperhatikan kucing itu.

Video : https://www.tiktok.com/@amalieena/video/7025026944290868506

Meninjau di ruangan komen, gelagat lucu kucing itu turut membuatkan netizen terhibur melihatnya. Malah ada yang berseloroh kucing itu mungkin mahu memperkenalkan anak-anaknya pada bayi itu pula.

Malah dia juga gigih membawa anak-anaknya itu untuk diletakkan bersama-sama bayi itu yang juga baru sahaja dilahirkan. Melihatkan gelagatnya ini, ada netizen yang memberitahu mungkin juga kucing itu turut menganggap bayi itu sebagai anaknya.

Sumber: imuslimnetwork

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.