SEMASA
Masih adakah SINAR untuk Pengeluaran KWSP seterusnya? – Bakal atau sudah diusir dari rumah sewa antara faktornya.

Masih adakah SINAR untuk Pengeluaran KWSP seterusnya? – Bakal atau sudah diusir dari rumah sewa antara faktornya.
Pengeluaran Akaun 1 KWSP : Bakal atau sudah diusir dari rumah sewa dan diisytihar muflis antara faktor mengapa ada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terdesak mengharapkan pengeluaran kecemasan dari Akaun 1 dana persaraan itu.
Pengeluaran KWSP
Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir berkata, itu hasil kaji selidik pihaknya bermula 15 Mei hingga 29 Mei lalu, ke atas pencarum yang terkesan dan tercicir serta memerlukan pengeluaran itu.
Baca lagi di : “Letak 25 Bekas Dadih Dapat RM8 Je, Tu Pun Seringgit Duit Koyak” – Pelajar Menangis Kenang Nasib
Pengeluaran Akaun 1 bagi pencarum yang mempunyai tabungan hingga RM50,000
Ujarnya, hampir separuh daripada 99,335 pencarum KWSP yang menyertai kaji selidik PGIRM mempunyai tabungan hingga RM50,000 dalam akaun satu.
Hasil kaji selidik itu mendapati 40,267 pencarum iaitu 40.5 peratus yang mempunyai simpanan RM10,001 hingga RM50,000 di dalam akaun satu memerlukan pengeluaran KWSP Bersasar.
Manakala simpanan akaun satu dari RM50,001 ke RM100,000 pula seramai 27,792 pencarum.
Iaitu 28 peratus manakala simpanan RM100,001 ke RM200,000 pula seramai 15,667 atau 15.8 peratus.
Pencarum masih punyai simpanan yang mencukupi
“Bagi simpanan pencarum akaun satu dari RM10,000 dan ke bawah pula seramai 12,513 atau 12.6 peratus.
Manakala simpanan dari RM200,001 ke atas pula seramai 3,096 pencarum atau 3.1 peratus.
“Mengikut kajian, jumlah simpanan pencarum di dalam akaun dua pula yang hanya mempunyai RM3,000 ke bawah melebihi separuh iaitu seramai 61,207 atau 61.6 peratus,” katanya dalam kenyataan semalam.
Azmi berkata, bagi simpanan RM3,001 ke RM10,000 pula seramai 18,716 pencarum atau 18.8 peratus.
Manakala RM10,001 ke RM50,000 pula melibatkan 17,120 atau 17.2 peratus.
“Pencarum yang mempunyai simpanan RM50,001 ke RM100,000 pula seramai 2,292 atau 2.3 peratus.
“Hasil kajian juga mendapati pencarum yang menjalani kaji selidik itu mempunyai masalah nama disenarai hitam/CCRIS dan CTOS.
Paling tinggi iaitu 65,338 pencarum atau 65.8 peratus,” katanya.
Pencarum Perlukan Pengeluaran Akaun 1 KWSP
Beliau berkata, manakala pencarum yang menghadapi masalah bakal/sudah diusir dari rumah sewa seramai 27,176 atau 27.4 peratus.
“Pencarum yang mendapat khidmat nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pula seramai 14,620 atau 14.7 peratus.
Manakala pencarum yang diisytiharkan muflis seramai 4,303 atau 4.3 peratus.
“Pencarum yang sudah menerima notis sitaan rumah pula seramai 3,864 atau 3.9 peratus manakala pencarum sudah menerima notis bankrap seramai 3,089 atau 3.1 peratus,” katanya.
Katanya, PGIRM mempunyai senarai lengkap nama-nama pencarum hasil kaji selidik yang dijalankan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan supaya meluluskan tuntutan rakyat ini demi kelangsungan hidup mereka.
Sumber : Buletin TV3
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.