Connect with us

MOTIVASI

Lelaki Menyesal Menang RM14 Juta, Kini Keluarganya Tidak Tenang “Saya rasa lebih baik tidak menang…”

Published

on

Lelaki Menyesal Menang RM14 Juta, Kini Keluarganya Tidak Tenang “Saya rasa lebih baik tidak menang…”

Pun begitu, lelaki dikenali Anopp mengakui dirinya menyesal setelah memenangi wang sebanyak 250 juta rupee iaitu sekitar RM14 juta pada pertengahan September lalu hasil daripada loteri yang dianjurkan oleh kerajaan tempatan.

Siapa sangka dengan sekelip mata sahaja, seorang lelaki berjaya mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan sekaligus mengubah gaya hidupnya.

Menurut portal BBC, Anoop yang bekerja sebagai seorang pemandu di Kerala, selatan India mengatakan ramai datang bertandang ke rumahnya untuk meminjam duit serta mengaku mereka adalah saudaranya.

“Saya rasa lebih baik tidak menang dan mungkin tempat ketiga lebih baik,”luahnya dalam video tersebut selepas seminggu diganggu oleh orang ramai.

Disebabkan rimas dengan situasi itu, dia memuat naik sebuah video dan meminta orang yang tidak mengenalinya supaya tidak menganggu dia dan keluarganya.

Anoop berkata, dia menggunakan wang simpanan anaknya pada 17 September lalu iaitu sehari sebelum dia pulang terbang ke Malaysia untuk bekerja bagi membeli tiket loteri.

“Saya tidak boleh keluar rumah, saya tidak boleh pergi ke mana-mana. Anak saya sakit dan saya tidak boleh membawanya ke doktor,” kata Anoop.

Selepas berita kemenangannya diketahui media, malah mendapat liputan seluruh dunia, keluarganya kini menjadi tumpuan sehingga membuatkan mereka tidak boleh pergi ke mana-mana.

Dalam pada itu, Anoop berkata dia mempunyai perancangan untuk berpindah rumah bagi mengelak diganggu dan menjadi perhatian ramai.

Sumber: OMM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.