Connect with us

SEMASA

M4ti Akal Nak Pujuk Anak Kucing Agar Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Si Oyen Datang Membantu

Published

on

M4ti Akal Nak Pujuk Anak Kucing Agar Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Si Oyen Datang Membantu

Antara sebab kucing suka bersembunyi di enjin kereta adalah kerana mereka mahu rasa lebih panas terutamanya jika cuaca sejuk selain mereka juga merasa lebih selamat dan tidak diganggu.

Para peminat haiwan yang dipanggil kucing mesti sedai maklum bahawa kucing ini suka bersembunyi di enjin kereta. Bahkan di Malaysia ini sahaja, sudah bayak kali kes kucing ini terperangkap dan akhirnya terpaksa memanggil pihak BOMBA atau APM untuk mengeluarkannya.

Walaubagaimanapun, tempat itu kadangkala boleh membahayakan mereka dan mendatangkan kecederaan, lebih-lebih lagi jika kehadiran mereka tidak disedari oleh pemilik kenderaan yang mahu menggunakan kenderaan.

Kehadiran kucing itu disedarinya apabila mahu menggunakan keretanya dan dia pun cuba untuk mengeluarkan anak kucing itu. Namun begitu, anak kucing itu berdegil tidak mahu berganjak dan terus bersembunyi jauh dari jangkauan.

Seorang penduduk di negara Jepun mengalami keadaan yang sama apabila seekor anak kucing bersembunyi di dalam bahagian enjin keretanya.

Akhirnya salah seorang jiran memberikan cadangan agar menggunakan kucing peliharaannya untuk memujuk anak kucing tersebut. Dia pun mengambil kucing Oyen miliknya ke kereta dan si Oyen pun menjalankan ‘tugasnya’ dengan memanggil anak kucing tersebut.

Kucing itu terus berdegil tidak mahu keluar malah jiran-jiran turut datang untuk membantu namun usaha demi usaha mereka gagal.

Entah apa yang diberitahu oleh si Oyen kepada anak kucing itu, apabila kemudiannya anak kucing itu pun berminat untuk keluar dan akhirnya dia pun berjaya dikeluarkan dari enjin kereta dengan selamat.

Ternyata kucing Oyen ini memang luar biasa meskipun sering dikaitkan dengan ‘kenakalannya’. Pemilik kereta itu pula sudah boleh menggunakan keretanya dengan senang hati.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Berita Tempatan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.