SEMASA
“Adik nak beli tak. Kalau beli, adik pelanggan pertama pak cik hari ni..” – Dari Jauh Pakcik Melambai Mengharapkan Ada Pelanggan Yang Membeli

Itu antara kata-kata seorang peniaga warga emas kepada seorang pelanggan yang mengundang rasa sebak dalam kalangan pengguna di media sosial.
“Pak cik jual kerepek, adik nak beli tak. Kalau beli adik pelanggan pertama pak cik hari ni”.
Menurut perkongsian Munirah Ramli di media sosial Facebook, pak cik berkenaan telah melambai dari jauh untuk mengajaknya membeli kerepek yang dijualnya.
“Allahuakbar, terus along beli satu. Along juga meminta izin pak cik tersebut untuk bergambar bagi menggalakkan orang ramai membeli dengannya. Terus wajah pak cik itu happy,” kata Munirah Ramli.
“Dari jauh pak cik ini melambai-lambai, along tak kenal pak cik ni. Nak pergi dekat ke tak. Terus pergi kat pak cik ni. Pak cik tersebut memberitahu bahawa dia ada menjual kerepek dan saya merupakan pelanggan pertama sekira membelinya.
Salah seorang pengguna Facebook, LiezaRazaly berkata, pak cik berkenaan berniaga di sekitar Kemaman, Terengganu.
Hantaran di media sosial tersebut telah mendapat lebih 1,600 tanda suka dan rata-rata pengguna turut meluahkan rasa sebak melihat wajah peniaga warga emas berkenaan.
“Kalau tak silap saya, pak cik ini berniaga di kawasan Kemaman, Terengganu dan kerepek yang dijual pak cik ini juga sedap. Saya turut mendoakan pak cik itu murah rezeki,” jelasnya.
Sementara KhuIbrahim berkata, sebelum ini ada terlihat pak cik berkenaan berdiri menunggu pelanggan di bawah terik matahari.
“Sabtu hari itu ada nampak pak cik ni di kawasan tersebut, kesian dia berdiri tengah panas sementara menunggu pelanggan membeli kerepeknya,” ujarnya.
Semoga pakcik dimurahkan rezeki..
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: K! ONLINE / kalamindah
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.