Connect with us

MOTIVASI

Tampal nota pada kereta, suami mohon maaf kerana memandu secara perlahan maklumkan isterinya baru bersalin czer

Published

on

Tampal nota pada kereta, suami mohon maaf kerana memandu secara perlahan maklumkan isterinya baru bersalin czer

Baru-baru ini tular sebuah video perkongsian daripada papan4kal di TikTok yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Axia mempamerkan nota untuk makluman para pengguna jalan raya yang lain.

Setiap ibu yang hamil mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Maka tidak adil jika dikatakan bersalin secara normal lebih baik atau lebih mudah daripada czer (caesarean / c-section) atau sebaliknya. Masing-masing menghadapi saat kelahiran itu mengikut kekuatan dan keadaan diri sendiri. Namun, tidak kira bersalin secara normal atau czer, kedua-duanya perlu dijaga dengan sebaik mungkin.

Nota tersebut dibaca, “Maaf lambat jalan. Isteri saya baru lepas bersalin czer. Terima kasih.”

Selain daripada mengelakkan kesabaran pengguna jalan raya teruji akibat pemanduan yang perlahan, tindakan si suami yang menampal nota tersebut pada kereta itu memperlihatkan dia adalah suami yang prihatin terhadap keperitan yang ditanggung isterinya selepas bersalin secara pembedahan.

Apabila terbaca nota tersebut, fahamlah pengguna jalan raya bahawa di dalam kereta tersebut ada ibu yang baru bersalin secara pembedahan. Tindakan sedemikian dapat mengelakkan para pengguna jalan raya berasa berang dengan cara pemanduan yang perlahan.

Namun, disebalik kegembiraan si ibu yang selamat melahirkan bayinya secara pembedahan, ada netizen yang mendakwa sakit bersalin seperti itu kurang sakit daripada bersalin normal. Benarkah dakwaan tersebut?

Bagi ibu-ibu yang pernah bersalin secara czer pasti turut merasakan betapa peritnya menahan kesakitan selepas bersalin. Jadi, apabila ada suami yang memahami seperti lelaki itu, pasti mendamaikan jiwa dan rasa dihargai.

Benar, ada ibu yang memilih untuk bersalin secara pembedahan namun itu bukanlah alasan untuk mengatakan mereka mengada-ngada atau pun sengaja tidak mahu bersalin secara normal.

Antara sebab seseorang ibu perlu bersalin secara pembedahan ialah:

Saiz bayi yang terlalu besar dan tidak boleh melepasi tulang pinggul ibu.

Ibu tiada ‘jalan’ untuk bersalin secara normal. Jadi doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengelakkan bayi lemas.

Terdapat masalah pada tali pusat bayi.
Ibu hamil kembar.

Bayi berada pada kedudukan songsang.

Ibu pernah melahirkan secara pembedahan sebelum itu.

Ibu berpenyakit seperti sakit jantung yang tidak stabil atau darah tinggi yang tidak terkawal.

Mengalami masalah berkaitan uri, dimana uri menutup pintu rahim.

Berikut adalah tips penjagaan ibu yang bersalin secara pembedahan:

Tidak membongkok ke bawah untuk mengambil barang. Dapatkan bantuan daripada orang lain untuk mengambilkan barang tersebut.

Tidak mengangkat barang-barang berat yang memerlukan tenaga dibahagian perut.

Menjaga luka dengan sebaik mungkin seperti tidak membalut luka melainkan doktor menyuruhnya dan pastikan luka tersebut bersih dan kering.

Gunakan tuala suam untuk mengatasi kekejangan dibahagian perut.

Memakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan geselan pakaian pada bahagian luka.

Makan makanan yang mudah dihadam untuk mengelakkan berlakunya sembelit.

Tidak ketawa terlalu kuat, ini mungkin akan memudaratkan luka.

Rehat secukupnya. Kebiasaannya badan akan sembuh sepenuhnya dalam masa enam minggu.

Apa yang harus dilakukan ialah meraikan kelahiran tersebut dan mendoakan kesejahteraan hidup ibu dan bayi. Jika perlu, bantulah mereka agar proses penyembuhan luka selepas bersalin berjalan dengan lebih lancar. Yang paling penting, jagalah emosi ibu-ibu yang baharu sahaja bersalin. Mereka memerlukan sokongan mental dan fizikal.

Sama ada ibu bersalin secara normal atau pembedahan, kedua-duanya perlu dijaga dengan rapi. Tiada siapa pun boleh mempertikaikan cara melahirkan yang dipilih oleh ibu kerana pasti mereka sudah pun memikirkan baik buruknya kaedah melahirkan yang dipilih itu.

Sumber: erabaru.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.